Saya menghantar matawang kripto daripada Binance ke Luno. Rangkaian pindahan (transfer network) apakah yang perlu digunakan?

Apabila anda menghantar mata wang kripto dari Binance ke alamat dompet penerimaan Luno, sentiasa pilih rangkaian pemindahan yang betul. Lawati artikel ini untuk menyemak mata wang kripto dan rangkaian pemindahan yang disokong di Luno.

Binance telah mencipta rangkaian blockchainnya sendiri (rangkaian pemindahan) untuk membolehkan pelanggan menghantar kripto dengan lebih cepat: Binance Chain (BNB) dan Binance Smart Chain (BSC) (token BEP20/BEP2).

Blockchain ini tidak disepadukan dengan platform Luno, yang bermaksud kami tidak mempunyai akses kepadanya. Jika anda menghantar kripto dari Binance ke Luno menggunakan BNB atau BSC, kami tidak dapat mengakses dana tersebut atau memulangkannya kepada anda. Dana anda akan hilang.

Nota

Syiling kripto yang disenaraikan dalam jadual ini adalah satu-satunya aset kripto yang disokong oleh Luno pada masa ini. Menghantar sebarang mata wang kripto lain ke Luno akan menyebabkan kehilangan dana anda. Sila pastikan juga bahawa anda menghantar kripto yang betul ke dompet Luno yang betul, contohnya: hanya hantar BTC ke dompet Bitcoin anda, ETH ke dompet Ethereum anda, LTC ke dompet Litecoin anda dan sebagainya.

Mata wang kripto yang tersedia kepada anda juga mungkin berbeza bergantung kepada negara anda. Jangan cuba menerima mata wang kripto melainkan anda mempunyai dompet Luno untuk syiling tersebut.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda