Jika anda menggunakan aplikasi pengesahan yang sama untuk pelbagai akaun, pastikan anda menggunakan kod 6-digit khas bagi akaun Luno anda.
Sistem Luno dibina untuk membenarkan sedikit kebebasan dengan kod pengesahan, tetapi dinasihatkan untuk terus memasukkan kod baru apabila ia tersedia pada peranti anda. Jika cara ini tidak berfungsi, menunggu sehingga tempoh sah kod hampir tamat juga kadang-kala berguna.
Salah satu sebab biasa punca pengesahan dua-faktor tidak berfungsi dengan baik adalah kerana jam pada telefon pintar anda tidak tepat. Ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui tiga langkah mudah di bawah:
Tetapan telefon
Pada peranti Android, hidupkan pilihan tarikh dan masa Automatik pada sistem
-
Tetapan > Tarikh & masa > Tarikh & masa automatik
(anda juga boleh cuba untuk setkan zon masa secara automatik)
Pada peranti Apple, tukar tarikh dan masa ke set secara automatik
-
Seting > Umum > Tarikh & Masa > Set secara automatik
Google Authenticator
Jika anda menggunakan aplikasi Google Authenticator, pilih Settings > Time correction for codes.
Ini akan melakukan penyegerakan (synchronise) kepada telefon anda dan aplikasi. Jika masalah masih berlaku, anda boleh lakukan set semula pengesahan dua faktor secara automatik.
Authy
Jika anda mempunyai nombor telefon yang sama tetapi tidak boleh log masuk, anda boleh lakukan set semula tetapan akaun.
Jika anda telah menukar nombor telefon, anda boleh tukarkan akaun anda.