Untuk menjadikan pembelian matawang kripto lebih mudah bagi pelanggan di Malaysia, Luno telah memperkenalkan deposit segera melalui Touch ‘n Go eWallet perkhidmatan e-dompet terbesar di Malaysia. Kini anda boleh menambah Ringgit ke dalam dompet Luno anda dengan mudah dan segera.
Tip
Jika anda tidak mempunyai Touch ‘n Go eWallet, anda perlu mendaftar dan sahkan akaun anda untuk menjadi pelanggan Pro atau Premium. Sebaik sahaja pendaftaran selesai, anda boleh mula membuat deposit!
Bagaimana untuk membuat deposit menggunakan Touch ‘n Go eWallet
-
Log masuk ke aplikasi Luno
-
Pilih Portfolio dari menu
-
Pergi ke dompet MYR
-
Pilih DEPOSIT
-
Pada skrin seterusnya, pilih pindahan Touch ‘n Go eWallet
-
Kemudian tekan TERUSKAN
-
Masukkan amaun yang ingin dideposit dan tekan SETERUSNYA
-
Semak maklumat yang dimasukkan dan jika anda berpuas hati, tekan TERUSKAN KE TOUCH ‘N GO
-
Anda akan dibawa ke halaman log masuk Touch ‘n Go eWallet. Masukkan nombor telefon dan kod PIN 6-digit anda, kemudian pilih Log Masuk
Nota
Pastikan anda log masuk menggunakan maklumat Touch ‘n Go eWallet milik anda sendiri.
-
Sahkan transaksi pada Touch ‘n Go eWallet anda
Selesai! Dana telah ditambah ke dompet MYR anda. Kini anda boleh membeli matawang kripto.

Soalan Lazim
Transaksi Touch ‘n Go eWallet menggunakan teknologi nyahsulit yang selamat, untuk memastikan maklumat pelanggan dilindungi. Kaedah ini akan mengurangkan risiko aktiviti penipuan atau akses tidak sah. Ketahui lagi kaedah untuk memastikan keselamatan Touch ‘n Go anda.
Tiada caj deposit bagi deposit yang bernilai RM100 dan ke atas. Deposit yang kurang dari RM100 akan dikenakan RM1.00 bagi setiap transaksi.
Ya, setiap deposit dari Touch ‘n Go eWallet anda ke Luno perlu berjumlah RM 500 atau kurang bagi setiap transaksi.
Nota
Touch ‘n Go eWallet telah menetapkan had transaksi berdasarkan peringkat pengguna anda. Lawati tapak web mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang had bulanan Touch ‘n Go eWallet.
Anda boleh tambah nilai dengan menggunakan pelbagai kaedah tambah nilai yang tersedia pada Touch ‘n Go eWallet.
Deposit dari Touch ‘n Go eWallet anda akan dipaparkan pada dompet MYR sebaik sahaja anda menyelesaikan proses deposit.
Luno akan memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari hari bekerja selepas aduan dibuat.