Sebagai sebahagian dari langkah pematuhan KYC (Know-Your-Customer) dan AML (Pencegahan Pengubahan Wang Haram), kami mungkin akan meminta beberapa pelanggan untuk menyediakan dokumen yang memaparkan bagaimana mereka akan membiayai akaun Luno mereka. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk membantu anda melengkapkan proses ini.
Dokumen yang diterima
Anda boleh menyediakan mana-mana dokumen di bawah dalam format PDF. Jika anda mempunyai pelbagai saluran pendapatan, anda boleh menyerahkan lebih dari satu dokumen.
-
Penyata gaji
-
Kontrak pekerjaan
-
Penyata pendapatan perniagaan
-
Penyata/ Nota/ Resit pelaburan
-
Perjanjian jualan bagi hartanah atau perniagaan
-
Penyata pulangan cukai pendapatan
-
Penyata pencen atau manfaat sosial
-
Perjanjian sewa bersama penyewa
-
Surat elaun/ biasiswa
-
Surat tawaran
-
Pengesahan subsidi kerajaan
-
Salinan wasiat, kecairan dan pengedaran akaun, derma, atau surat dari pentadbir atau pelaksana yang mengesahkan pewarisan harta, hadiah atau derma
-
Sebarang dokumen relevan yang menyokong sumber dana untuk didepositkan ke dalam akaun Luno anda.
Nota
Jika anda membiayai akaun Luno anda melalui dompet matawang kripto lain, anda perlu menyediakan penyata dompet rasmi dari bursa atau tangkap layar transaksi dompet anda.
Keperluan dokumen
Apabila anda menyediakan dokumen sokongan, sila ambil maklum mengenai keperluan perkara-perkara di bawah:
-
Dokumen perlu memaparkan sumber dana anda dalam bentuk nilai/amaun
-
Dokumen yang hendak diserahkan mestilah bertarikh tidak lebih dari 3 bulan dari ia dikeluarkan
-
Dokumen perlu diserahkan dalam bentuk format PDF bersama kepala surat rasmi bank atau institusi kewangan
-
Dokumen yang memaparkan bukti pemilikan akaun perlu disediakan dalam format penuh
-
Dokumen tidak boleh diubah (contoh: jangan hitamkan maklumat)
-
Tangkap layar dari aplikasi perbankan atau format permohonan yang tidak sah adalah tidak diterima
-
Dokumen dan borang permohonan yang tidak disahkan tidak akan diterima.
Anda perlu menghantar semula dokumen jika kami tidak dapat menerima dokumen yang diserahkan, dan ini akan melewatkan proses pengesahan.
Penting
Untuk membantu kami melengkapkan proses semakan dengan segera, sila ambil maklum dengan keperluan berikut:
-
Dokumen sokongan perlu disediakan dalam format penuh, yang memaparkan pemilikan akaun, untuk memastikan akaun tersebut adalah milik anda.
-
Dokumen sokongan perlu memaparkan transaksi yang akan membiayai dompet anda, dan anda telah menyatakannya dalam borang.