Mengapa sebut harga beli/jual Luno berbeza dari bursa lain?

Walaupun Luno tidak menetapkan harga sebarang matawang kripto – kerana ia berdasarkan bekalan dan permintaan penjual dan pembeli – anda mungkin ingin mengetahui dari mana datangnya harga ini dan bagaimana ia dikira.

Sebut harga fungsi Beli/Jual Segera

Screenshot of instant buy price quote

Jika anda menggunakan fungsi Beli/Jual Segera di Luno, anda akan dipaparkan dengan sebut harga sebelum anda mengesahkan transaksi.

Pada selang masa berkala (beberapa kali dalam seminit), Luno akan menyemak buku pesanan dari pelbagai penyedia kecairan dan bursa, termasuklah Luno Exchange. Kemudian kami akan mengira harga purata dari data pasaran ini untuk menetapkan sebut harga yang dipaparkan pada skrin anda.

Sebut harga yang dipaparkan ini sah selama 60 saat, dan ketika ini anda boleh membuat keputusan sama anda anda ingin meneruskan, atau tidak meneruskan transaksi anda.

Mengapa sebut harga (quote) di fungsi Beli/Jual Segera Luno berbeza dengan bursa lain?

Luno Bitcoin price graph and price calculator in Ringgit

Harga yang dipaparkan pada pelbagai pilihan di platform Luno, termasuklah di skrin utama aplikasi, fungsi kalkulator harga dan penggera harga ditetapkan dari dagangan terkini pada fungsi Luno Exchange. Oleh itu, harga yang dipaparkan mungkin berbeza sedikit berbanding sebut harga (quote) yang diterima apabila membeli atau menjual matawang kripto.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan sebut harga:

  1. Pengiraan menggunakan kalkulator harga adalah sepenuhnya berdasarkan pada dagangan terkini pada fungsi Luno Exchange.

  2. Harga yang dipaparkan pada skrin utama dan graf harga menggunakan sejarah data dari dagangan-dagangan yang telah diselesaikan pada fungsi Luno Exchange, manakala sebut harga adalah berdasarkan pada pesanan terbuka yang belum lagi dilaksanakan.

  3. Sebut harga berubah berdasarkan sama ada anda membuat belian atau jualan. Sama seperti pasaran-pasaran lain, pengguna sedia untuk menjual pada harga yang berlainan, jika dibandingkan dengan pembelian.

  4. Fungsi Penggera Harga menggunakan data dari Luno Exchange dan maklumat harga dari bursa-bursa lain.

Nota

Harga yang dipaparkan pada aplikasi akan memberikan anggaran yang baik, namun ia tidak boleh dilihat sebagai sebut harga untuk pembelian atau jualan. Anda akan menerima sebut harga sebenar yang sah selama 60 saat sebelum anda boleh mengesahkan transaksi anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda