Jika anda mendapat mesej yang menyatakan bahawa tiada kunci laluan wujud pada akaun Luno anda, ini bermaksud kunci laluan yang cuba digunakan untuk log masuk telah dipadam dari akaun Luno anda.
Anda perlu melog masuk menggunakan emel dan kata laluan, dan tambahkan kunci laluan baharu.
Tip
Untuk mengelak arahan log masuk menggunakan kunci laluan yang telah dipadam, anda perlu memadam kunci laluan yang telah disimpan secara manual dari peranti anda.
Bagaimana untuk memadam kunci laluan yang disimpan
Ikut langkah-langkah di bawah untuk memadam kunci laluan dari peranti spesifik, atau dari akaun penstoran awan:
-
Pergi ke Tetapan pada iPhone/iPad
-
Cari Kata Laluan pada bar carian dan tekan “Kata Laluan”
-
Masukkan Touch ID, Face ID atau kod laluan
-
Cari “Luno” dan tekan keputusan carian tersebut
-
Tekan Padam Kunci Laluan
-
Untuk mengesahkan tindakan ini, pilih Padam Kunci Laluan pada pop-up yang dipaparkan. Akaun Luno anda tidak akan dipadam.
Jika anda mempunyai peranti Apple yang menggunakan akaun iCloud yang sama, kunci laluan ini akan turut dipadam.
-
Pergi ke Tetapan Sistem pada MacBook atau iMac
-
Klik Kata Laluan pada bar sisi
-
Masukkan Touch ID atau kata laluan peribadi
-
Klik butang info (i) di sebelah kata laluan yang ingin dipadam
-
Klik Sunting
-
Klik Padam Kata Laluan
-
Pilih Sahkan dan akaun Luno tidak akan dipadam
Jika anda mempunyai peranti Apple yang menggunakan akaun iCloud yang sama, kunci laluan ini akan turut dipadam.
-
Pada peranti Windows, anda boleh pergi ke Akaun dan pilih Kunci Laluan di bahagian tetapan, atau buat carian Tetapan Kunci Laluan pada bar carian.
-
Cari Luno
-
Tekan tiga titik dan Padam Kunci Laluan
-
Sahkan dengan menekan Padam dan akaun Luno anda tidak akan dipadam.
-
Dalam penyemak imbas Chrome anda, pergi ke chrome://settings/passkeys atau ikut langkah 2-4 untuk pergi ke tetapan kunci laluan anda
-
Dalam Tetapan, cari "kunci laluan" dalam bar carian dan klik pada Pengurus Kata Laluan
-
Di dalam Pengurus Kata Laluan Google, Pilih Tetapan
-
Klik pada Urus kunci laluan dalam profil Chrome anda
-
Klik pada titik di sebelah kunci laluan yang anda mahu padamkan dan klik Padam
-
Sahkan anda mahu memadamkan kunci laluan
Jika anda mempunyai aplikasi Chrome pada peranti Android:
-
Pada peranti mudah alih anda, buka aplikasi Chrome dan pergi ke Tetapan
-
PIlih Pengurus Kata Laluan
-
Buat carian Luno dan tekan pada keputusan carian
-
Semua kunci laluan yang disimpan untuk Luno akan dipaparkan. Anda boleh menyunting atau pada kunci laluan yang relevan.
-
Pilih Sahkan dan akaun Luno anda tidak akan dipadam.
If you do not have Chrome on your Android device:
-
Buka tetapan peranti anda
-
Pilih Google
-
Tekan Tetapan Akaun Google
-
Pilih tab Keselamatan
-
Skrol kebawah dan cari Pengurus Kata Laluan
-
Pilih Uruskan Kata Laluan
-
Buat carian Luno dan tekan pada keputusan carian
-
Semua kunci laluan yang disimpan untuk Luno akan dipaparkan. Anda boleh menyunting atau pada kunci laluan yang relevan.
-
Pilih Sahkan dan akaun Luno anda tidak akan dipadam.
-
Buka aplikasi Safari
-
Pada bahagian Tetapan, pilih Tab Keselamatan
-
Pilih Uruskan Data Laman Web dan tetingkap baharu akan dibuka
-
Buat carian Luno dan tekan pada keputusan carian
-
Tekan Padam dan akaun Luno anda tidak akan dipadam.
Mengapa Luno tidak memadam kunci laluan ‘lama’?
Kunci laluan menggunakan pentauliahan dinyahsulit yang disimpan pada peranti anda (telefon pintar, komputer riba, komputer peribadi, dll) dan bukan pada akaun penstoran awam (iCloud Keychain, Google Account, dll). Pentauliahan ini tidak dikongsikan dengan Luno. Apabila anda melog masuk ke Luno menggunakan kunci laluan, kunci laluan pada akaun penstoran awam/peranti akan mencipta tandatangan unik yang memberi pengesahan kepada aplikasi Luno bahawa anda mempunyai pentauliahan yang diperlukan untuk log masuk.
Apabila kunci laluan dipadam dari akaun Luno anda, ia tidak lagi boleh mencipta tandatangan unik, dan anda tidak boleh melog masuk menggunakan kunci laluan tersebut.
Oleh kerana Luno tidak mempunyai akses terhadap pentauliahan yang disimpan pada peranti atau akaun penstoran awan, dan tidak boleh menguruskannya bagi pihak anda, kami menggalakkan anda untuk memadam pentauliahan kunci laluan dari akaun penstoran awan/peranti yang digunakan untuk mencipta kunci laluan ini.