Bagaimana untuk menambah widget Luno pada skrin utama telefon pintar?

Fungsi ini mungkin berbeza berdasarkan negara dan peranti anda. Widget tidak tersedia di UK.

Anda boleh menambah widget Luno pada skrin utama telefon pintar anda dengan beberapa langkah mudah. Ikuti cara-cara di bawah untuk memilih koin yang ingin dipaparkan dan sama ada untuk memaparkan harga dalam USD atau matawang tempatan.

iOS

Untuk menambah widget:

  1. Pergi ke skrin utama telefon pintar anda, tekan selama beberapa saat di ruangan kosong pada skrin utama sehingga semua aplikasi bergerak

  2. Tekan butang Tambah (+) pada sudut atas kiri

  3. Cari ‘Luno’ dan semak widget Luno yang tersedia

  4. ‘Swipe’ ke kanan atau kiri untuk memilih widget, kemudian tekan Tambah Widget untuk menambahnya ke skrin utama

Untuk menyunting widget:

  1. Tekan widget yang ingin disunting selama beberapa saat

  2. Menu ‘quick action’ akan dipaparkan. Pilih Sunting Widget

  3. Buat perubahan yang anda inginkan, kemudian tekan di luar kawasan widget untuk keluar dari fungsi sunting

Android

Untuk menambah widget:

  1. Pada skrin utama telefon pintar anda, tekan di mana-mana ruangan kosong sehingga ikon widget dipaparkan pada bahagian bawah skrin

  2. Tekan Widgets

  3. Cari atau skrol ke bawah untuk mencari widget Luno

  4. Tekan widget Luno selama beberapa saat, tarik dan letak pada skrin utama telefon pintar anda

  5. Pada skrin kesesuaian paparan, sunting widget untuk menyesuaikan paparan maklumat widget anda.

Untuk menyunting widget:

  1. Tekan widget selama beberapa saat agar tetapan widget dipaparkan

  2. Gunakan anak panah kembali untuk mengesahkan perubahan. Ini untuk memastikan widget dipaparkan

  3. Lakukan perubahan yang anda inginkan. Tekan di luar kawasan widget untuk keluar

Nota

Apabila anda menyunting widget, jangan gunakan anah panah kembali untuk kembali ke skrin utama kerana perubahan tidak akan disimpan. Anak panah kembali digunakan untuk mengesahkan perubahan dan mengaktifkan widget.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda