Mengapa akaun saya ditutup?

Selari dengan Syarat Penggunaan yang anda persetujui apabila mendaftar akaun Luno, kami mungkin akan menutup akaun anda jika kami sewajarnya, mengesyaki terdapat berlakunya perkara-perkara di bawah (berikut adalah beberapa situasi):

  • Akaun tertakluk kepada kesilapan pengendalian, atau kesilapan-kesilapan lain (sebagai contoh, anda mendaftar di negara yang kami tidak beroperasi).
  • Akaun terlibat atau terkait dalam aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang, penipuan atau terlarang.
  • Akaun melanggar Syarat Penggunaan Luno.
  • Akaun mempunyai risiko tinggi terhadap undang-undang atau ketidakpatuhan terhadap kawal selia.

Penutupan akaun bukanlah satu tindakan yang diambil secara mudah. Kami di Luno sentiasa akan memaklumkan kepada anda mengenai penutupan akaun, namun kami tidak berada dalam posisi yang mewajibkan untuk kami memaklumkan fakta atau sebab penutupan akaun.

Nota

Senarai di atas tidak merangkumi semua sebab-sebab penutupan akaun. Sila rujuk Syarat Penggunaan Luno di negara anda, kemudian semak bahagian “Sekatan, Penggantungan dan Penamatan.” Anda akan dipaparkan dengan senarai lanjut sebab-sebab penamatan, serta proses yang diikuti oleh Luno untuk penutupan akaun.

Bolehkah saya membuka akaun baharu?  

Jika Luno telah menutup akaun anda dan memaklumkan bahawa anda tidak boleh membuat cubaan membuka akaun baharu, maka jawapannya adalah: tidak.

Namun jika kami tidak memaklumkan kepada anda mengenai perkara di atas, anda berkemungkinan boleh mendaftar Luno semula. Sebagai contoh, akaun anda mungkin ditutup kerana anda mendaftar di negara yang tidak membenarkan Luno beroperasi. Jika anda berpindah ke negara yang Luno dibenarkan beroperasi, anda boleh mendaftar semula di negara baharu anda.

Semak perkara yang dimaklumkan oleh Luno melalui emel yang dihantar oleh kami. Dalam emel ini biasanya telah dijelaskan sama ada anda dibenarkan, atau tidak dibenarkan untuk membuka akaun Luno semula. 

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda