Adakah fungsi Stake Luno patuh Syariah?

Fungsi Stake Luno bagi Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan Cardano (ADA) kini disahkan patuh Syariah.

Penasihat-penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC) – Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”) dan Amanie Advisors (“Amanie) – telah menyemak fungsi Stake Luno secara menyeluruh untuk memastikan kepatuhannya terhadap syariah.

Sijil patuh Syariah

Ethereum (ETH)

Perkhidmatan fungsi Stake Ethereum Luno telah disahkan patuh Syariah oleh Amanie Advisors (“Amanie”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Compliance Certificate

Solana (SOL)

Perkhidmatan fungsi Stake Solana telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Complaince Certificate for Solana

Cardano (ADA)

Perkhidmatan fungsi Stake Cardano telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Complaince Certificate for Cardano

Bagaimana fungsi Stake Luno berfungsi?

Pelanggan yang mempunyai ADA, ETH atau SOL dengan Luno Malaysia dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan fungsi Stake Luno akan melantik Luno Malaysia sebagai agen. Agen berperanan sebagai wakil untuk berurusan dengan Penjaga dan Penyedia Perkhidmatan Fungsi Stake dalam menguruskan dan menggunapakai aset-aset Stake pelanggan bagi aktiviti-aktiviti Stake. Sebagai pulangan, pelanggan berpotensi untuk menerima ganjaran.

Apakah kontrak-kontrak Syariah yang digunapakai?

Pelantikan Luno Malaysia sebagai agent melalui platformnya untuk aktiviti-aktiviti Stake adalah berdasarkan prinsip-prinsip Syariah berikut:

Ju‘ālah (ganjaran dari perkhidmatan)

Kontrak Ju‘ālah ialah satu pihak menawarkan ganjaran atau komisyen bagi setiap tugasan atau perkhidmatan yang dapat diselesaikan. Dalam kewangan Islam, prinsip ini digunakan untuk merangka ganjaran berdasarkan prestasi dengan telus dan adil bagi kedua-dua pihak yang terlibat.

Wakālah bi al-Istithmār (agensi pelaburan)

Wakālah bi al-Istithmār bermaksud “agensi pelaburan.”. Pelabur melantik pihak lain (seperti institusi kewangan) sebagai agen untuk melabur dana bagi pihak mereka. Agen yang terlibat akan menguruskan pelaburan-pelaburan berdasarkan syarat-syarat dan berpandukan etika yang diersetujui serta agen akan menerima yuran pengurusan tetap. Sebarang keuntungan yang dijana dari pelaburan adalah milik pelabur, selepas yuran agen ditolak.

Muḍārabah (kerjasama perkongsian keuntungan)

Muḍārabah ialah kerjasama antara dua pihak. Pihak pertama menyediakan modal dan pihak kedua akan menyediakan kepakaran atau pengurusan. Keuntungan akan dikongsi antara dua pihak berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sebelumnya, dan sebarang kerugian akan ditanggung oleh pelabur selagi mana pengurus telah bertindak secara bertanggungjawab dan tiada berlakunya pengabaian. Model ini menggalakkan perkongsian risiko dan kedua-dua pihak akan berkerjasama untuk pelaburan yang produktif dan beretika.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?