Adakah anda pernah terlibat atau terjejas dengan aktiviti penipuan?
Contohnya, adakah anda pernah menghantar wang kepada individu atau perniagaan yang gagal memberikan pulangan seperti yang dijanjikan? Apabila anda meminta semula wang tersebut, mereka menuntut bayaran tambahan atau terus menyekat anda daripada menghubungi mereka. Atau mungkin anda pernah ditawarkan pekerjaan palsu yang dikatakan daripada Luno?
Berikut langkah-langkah yang perlu diambil:
- Laporkan penipuan yang disyaki kepada kami dengan segera menggunakan butang di bawah.
- Anda akan dibawa ke borang untuk mengisi butiran lanjut.
- Dalam borang tersebut, anda akan diberi pilihan untuk mengunci akaun anda buat sementara waktu. Jika penipu boleh log masuk ke akaun Luno anda, kami mengesyorkan agar anda berbuat demikian untuk memastikan aset kripto anda kekal selamat sementara siasatan dijalankan. Ini bermaksud tiada sesiapa termasuk diri anda boleh membuat penghantaran kripto atau pengeluaran mata wang tempatan selama 7 hari.
- Sebaik sahaja kami menerima laporan anda, pasukan sokongan kami akan menyiasat dan melakukan apa yang termampu untuk menghentikan aktiviti penipuan tersebut. Walaupun transaksi kripto tidak boleh dibatalkan, melaporkan kes seperti ini dapat membantu mencegah aktiviti penipuan pada masa hadapan.
Nota
Sama seperti bank dan institusi kewangan lain, platform kripto juga boleh menjadi sasaran pelbagai aktiviti penipuan. Ketahui lebih lanjut mengenai penipuan kripto.