Adakah anda menerima e-mel, mesej atau panggilan mencurigakan yang mendakwa daripada Luno? Ini dikenali sebagai serangan pemancingan data (phishing).
Contoh biasa antaranya halaman log masuk palsu yang meminta maklumat kelayakan anda, notis keselamatan yang mendakwa akaun anda berisiko atau tawaran kripto percuma sebagai pertukaran untuk maklumat peribadi anda. Penipu juga mungkin menyamar sebagai pasukan sokongan Luno atau mempromosikan peluang pelaburan palsu yang memerlukan pembayaran pendahuluan. Kekal berwaspada dan laporkan sebarang perkara yang mencurigakan untuk memastikan akaun anda selamat.
Berikut langkah-langkah yang perlu diambil:
- Laporkan komunikasi yang mencurigakan kepada kami dengan segera menggunakan butang di bawah.
- Anda akan dibawa ke borang untuk mengisi butiran lanjut.
- Dalam borang tersebut, anda akan diberi pilihan untuk mengunci akaun anda buat sementara waktu. Kami mengesyorkan anda mengunci akaun jika anda telah membalas, mengklik mana-mana pautan atau secara tidak sengaja memberikan butiran peribadi kepada pihak lain. Tindakan ini akan menyekat semua penghantaran kripto dan pengeluaran mata wang tempatan selama 7 hari.
- Sebaik sahaja kami menerima laporan anda, pasukan sokongan kami akan menyiasat dan melakukan apa yang termampu untuk menutup sumber pemancingan data tersebut.
Nota
Jika anda mengunci akaun buat sementara waktu, penghantaran kripto dan pengeluaran mata wang tempatan akan disekat selama 7 hari.