Bagaimana untuk muat turun e-invois dari Luno Malaysia?

Sebagai sebahagian daripada keperluan kawal selia di Malaysia, Luno akan menghantar e-invois bulanan dalam format PDF kepada pelanggan individu dan perniagaan di Malaysia yang mengandungi rekod transaksi bulan sebelumnya.

Apa yang perlu anda tahu tentang e-invois PDF ini

Apa maklumat dalam e-invois ini: PDF yang dilampirkan mengandungi senarai semua jenis transaksi yang telah dilakukan oleh pelanggan pada bulan sebelumnya termasuk jumlah keseluruhan dan cukai yang dikenakan. Fail ini juga mengandungi kod QR yang boleh diimbas untuk mengesahkan kesahihan e-invois tersebut.

Apabila anda menerima e-invois: Mulai Julai 2025, anda akan menerima e-invois melalui emel dalam tempoh 2 minggu pertama setiap bulan bagi transaksi bulan lepas. Sebagai contoh, e-invois bagi bulan Januari akan dihantar pada bulan Februari.

Bagaimana untuk menyemak e-invois: E-invois anda dihantar dalam format PDF dan dilindungi oleh kata laluan. Anda memerlukan kata laluan untuk membuka fail ini.

  • Jika anda pelangan individu, masukkan 6 karekter terakhir nombor dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar akaun Luno (contoh myKad, Pasport atau Permit Bermastautin)
  • Jika anda pelanggan akaun perniagaan, masukkan kareker 6 digit terakhir dari Nombor Pengenalan Cukai anda

Contoh: jika nombor kad pengenalan anda adalah 12345-00-6789, kata laluan anda ialah 006789.

Apa yang perlu anda tahu tentang setiap lajur dalam e-invois

Setiap transaksi bulanan akan direkodkan dalam e-invois. Apabila Luno menerima caj dari transaksi, caj tersebut adalah termasuk Cukai Perkhidmatan 8% (SST) jika terpakai. Semua amaun ini telah direkodkan dalam e-invois.

  • Penerangan (Description): Transaksi yang direkodkan bagi bulan tersebut.
  • Amaun transaksi (Transaction Amount): Jumlah transaksi dalam MYR.
  • Yuran tidak termasuk cukai (Fee Excluding Tax): Yuran transaksi dalam MYR tidak termasuk bahagian SST 8%.
  • Amaun cukai (Tax Amount): Bahagian SST 8% daripada jumlah yuran yang dikenakan, jika berkenaan.
  • Amaun yuran (Fee Amount): Jumlah yuran yang dibayar kepada Luno termasuk SST 8%, jika berkenaan.  

Setiap lajur turut memaparkan jumlah keseluruhan bagi amaun yang direkodkan sepanjang bulan tersebut.

Nota

Sila ambil perhatian bahawa e-invois ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Saya menghadapi masalah berkaitan e-invois saya

Jika anda mengalami sebarang masalah seperti tidak menerima e-invois, gagal muat turun atau memerlukan perubahan maklumat e-invois, sila hubungi kami untuk bantuan.

Salinan e-invois bulan sebelumnya ada tersedia pada aplikasi Luno, oleh itu mohon semak aplikasi anda terlebih dahulu sebelum menghubungi kami.

Nota

e-invois bulanan hanya akan dijana pada bulan yang merekodkan transaksi akaun. Jika tiada e-invois dipaparkan pada bulan-bulan tertentu dalam sejarah e-invois anda (e-invois pada bulan Ogos ada tersedia, namun tiada e-invois bulan Oktober tidak dipaparkan), ini bermaksud anda tidak melakukan sebarang aktiviti transaksi pada bulan September, maka e-invois bagi bulan tersebut tidak dijana.

Bagaimana untuk memuat turun e-invois dari aplikasi Luno

  1. Log masuk ke aplikasi Luno anda
  2. Tekan ringkasan nama anda di bahagian sudut kanan aplikasi
  3. Pilih E-invois
  4. Pilih bulan dan tekan pilihan muat turun

E-invois anda akan dimuat turun sebagai fail PDF.

 

Hubungi sokongan

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?