Jika anda menyemak harga Bitcoin atau harga matawang kripto lain – sama ada melalui carian Google atau bursa seperti Luno – anda menyedari bahawa harganya sentiasa berbeza. Ini kerana Bitcoin dan aset-aset kripto lain tidak mempunyai harga global atau harga yang tetap.
Tidak seperti kebanyakan matawang tempatan, kripto secara amnya tidak terikat dengan apa-apa seperti emas atau bank pusat. Nilai dan jumlahnya bergantung pada permintaan dan jenis platform.
Situasi ini sama dengan: “Mengapa harga sepaket beras lebih tinggi di kedai, bandar atau negara yang berbeza?” Secara asasnya, ia bergantung pada bekalan dan permintaan. Oeh kerana Bitcoin tidak terikat dengan sebarang nilai tetap, harga aset ini berubah berdasarkan jumlah pengguna yang ingin membeli atau menjualnya, jumlah harga yang ingin dibayar dan jumlah aset yang tersedia.
Harga aset-aset kripto di Luno memaparkan aktiviti pasaran sebenar pada platform kami.
Anggaran purata harga
Oleh kerana harga kripto tidak mempunyai piawaian global, angka yang dipaparkan pada carian Google, bursa atau penjejak harga adalah anggaran. Hampir kesemuanya adalah berasaskan dagangan terkini daripada bursa-bursa berskala besar. Sebagai contoh, Google menggunakan data daripada Coinbase – oleh sebab itu harga yang dipaparkan adalah dalam nilai Dolar AS.
Kadar tukaran tempatan juga memainkan peranan. Pengguna sering menyemak harga Bitcoin menggunakan mata wang tempatan, seperti Ringgit Malaysia (MYR). Jadi, jika anda membuat carian “1 BTC ke MYR,” enjin carian Google akan memaparkan harga dalam bentuk Dolar AS dan menukarnya ke nilai MYR. Namun, jika anda menggunakan Coinbase, harga yang dibayar masih lagi akan berbeza disebabkan caj dan faktor-faktor lain.
Setiap bursa mempunyai situasi permintaan dan bekalannya tersendiri. Ini menerangkan sebab mengapa harga di Luno mungkin berbeza dengan paparan Google atau bursa-bursa lain kerana pengguna di platform-platform ini telah menetapkan harga tersendiri.
Sumber-sumber luaran ini boleh memberikan anda gambaran mengenai harga global, namun harga sebenar yang didagangkan di platform Luno ditentukan oleh pelanggan-pelanggan kami.
Sebagai contoh, jika anda merupakan pelanggan Luno di Malaysia, bayangkan Luno adalah salah sebuah ‘kedai’ dalam satu gudang beli belah kripto. Apabila anda membuat pesanan jual untuk 100 XRP pada harga RM20, anda sebenarnya mengatakan “Saya ingin menjual 100 XRP, tetapi hanya untuk pelanggan Luno yang ingin membelinya dengan harga RM20 seunit, atau lebih tinggi.”
Pesanan ini kemudian akan disenaraikan dalam buku pesanan – satu paparan yang menyenaraikan semua permintaan beli dan jual pada platform Luno.
Nota
Luno tidak mengawal harga kripto. Kami menyediakan platform untuk pengguna membeli dan menjual matawang kripto. Harga yang dipaparkan adalah permintaan dan bekalan langsung daripada 1 juta pelanggan kami di Malaysia.
Permintaan dan bekalan
Bursa adalah platform di mana pengguna menjual dan membeli aset-aset kripto.
Jika anda menggunakan dua bursa kripto (Bursa A dan Bursa B) dan kedua-duanya menyokong USD dan BTC, harga yang dipaparkan pada kedua-dua platform adalah berdasarkan permintaan dan bekalan daripada pengguna. Jika lebih ramai pengguna menjual aset kripto, harga aset tersebut akan menurun – dan sebaliknya.
Apabila harga pasaran global meningkat, harga aset-aset kripto di Luno akan dipengaruhi oleh trend-trend global; selain daripada permintan dan bekalan oleh pengguna tempatan.
Bursa yang berlainan mungkin akan memaparkan harga yang berbeza kerana platform-platform ini mempunyai kecairan yang berbeza. Dan ia turut dipengaruhi oleh permintaan dan bekalan.
Arbitraj
Jika Bitcoin atau aset-aset lain dijual pada harga yang berbeza pada bursa-bursa yang berlainan, adakah anda boleh menjana keuntungan dari perbezaannya?
Contohnya, anda boleh menjual 1 BTC pada harga RM 100,000 pada Luno tetapi pada bursa kripto lain, 1 BTC hanya bernilai RM 95,000. Kedengaran seperti keuntungan pantas sebanyak RM 5000, bukan? Tidak semestinya.
Konsep ini dipanggil arbitraj: anda membeli dengan harga yang lebih murah di satu tempat dan menjualnya dengan harga lebih tinggi di tempat lain. Konsep ini digunapakai pada Bitcoin, saham dan juga barangan harian seperti kelapa. Namun ia tidak semudah yang disangka.
Sama seperti kos logistik untuk menghantar buah kelapa, penghantaran Bitcoin dan wang ke bursa-bursa berlainan memerlukan kos. Anda juga perlu mempertimbangkan caj penghantaran, perubahan harga dan had penghantaran.
Kesimpulannya, arbitraj boleh dilakukan namun ia tidak semestinya berjaya, dan konsep ini tidak berlaku di semua tempat atau setiap masa. Kami juga telah melihat situasi sebaliknya: Bitcoin kadangkala didagangkan lebih murah di Malaysia berbanding bursa-bursa luar negara, berdasarkan keadaan pasaran.
Nota
Status kawal selia Luno tidak membenarkan manipulasi harga dan memastikan persekitaran pasaran yang adil dan dipacu oleh pasaran kerana Luno berfungsi sebagai platform yang menyediakan perkhidmatan dagangan sahaja.