Token MKR akan ditukarkan kepada SKY - Ogos 2025

Projek MakerDao akan dijenamakan semula sebagai Sky. Sehubungan dengan itu, token MKR akan dinaiktaraf kepada SKY.

Token MKR akan ditukar secara automatik kepada SKY. Selepas 25 Ogos, MKR tidak boleh diniagakan lagi di Luno. Kami akan menyenaraikan Sky (SKY) mulai 28 Ogos.

Apa yang akan berlaku pada pegangan MKR saya?

Jika anda masih mempunyai pegangan MKR dalam dompet Luno selepas 25 Ogos, kami akan menukarkan kripto anda secara automatik pada kadar 1 MKR ke 24,000 SKY.

Kadar penebusan dan kontrak untuk menebus SKY disediakan dan diselenggarakan secara bebas oleh Sky. 

Apa yang anda perlu lakukan?

Tiada tindakan yang diperlukan. Jika anda masih mempunyai pegangan MKR selepas 25 Ogos, amaun SKY yang setara akan didepositkan terus ke dompet SKY anda tanpa sebarang kos.

Terima kasih kerana melabur dengan Luno.

Jangan hantar atau terima token MKR / SKY sepanjang tempoh migrasi bagi mengelakkan kehilangan aset

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?