Sertai Panel Penyelidikan Luno

Adakah saya boleh menjadi peserta?

Anda layak menjadi peserta jika akaun Luno anda disahkan di Afrika Selatan, Nigeria atau Malaysia, dan anda memilih untuk menerima komunikasi Pemasaran dan mengaktifkan fungsi Luno Labs.
 

Kami kini bekerjasama dengan User Interviews untuk mendapatkan lebih maklumbalas daripada komuniti pelanggan Luno. Kerjasama ini direka untuk menambah baik pembinaan produk kami melalui maklum balas berguna, sambil memberikan anda sedikit ‘sneak peek’ dengan projek-projek yang sedang kami bangunkan. Baca selanjutnya untuk mengetahui tentang penyertaan Panel Kajian Luno.

Apa itu User Interviews?

User Interviews adalah platform penyelidikan yang dipercayai. Melalui platform User Interviews, kami boleh menjemput anda untuk menyertai kajian penyelidikan secara terus. Platform ini membolehkan pasukan penyelidik kami merancang penyelidikan secara automatik, melaksanakan kajian seperti temubual, ujian prototaip, dan tinjauan – dalam bentuk data dan mematuhi privasi peserta. Sebagai ganjaran, anda akan menerima insentif seperti kad dan baucar digital.

Bagaimana kajian ini dilakukan?

  1. Jemputan: Anda akan menerima jemputan dari emel rasmi atau mesej in-app dari Luno untuk menyertai kajian panel pada platform User Interviews. Anda boleh mengesahkan alamat emel Luno yang sah dengan menyemak artikel bantuan mengenai phishing dan senarai alamat emel yang disahkan Luno.

    Nota

    Luno berhak untuk menjemput pelanggan atas budi bicaranya. Program ini masih belum dibuka untuk semua pelanggan, dan kriteria kelayakan mungkin berubah dari masa ke masa.

  2. Daftar: Jika anda menerima jemputan, ikut arahan yang dinyatakan dalam emel untuk menyertai kajian penyelidikan. Kami tidak berkongsi secara awam mengenai proses penuh pendaftaran untuk membantu melindungi integriti jemputan kajian kami.
  3. Pemohonan kajian: Apabila anda setuju untuk menjadi peserta, anda akan menerima jemputan penyelidikan khas yang bersepadanan dengan profil anda. Anda mungkin akan menjawab beberapa soalan tapisan ringkas untuk memastikan anda sesuai dengan penyelidikan yang dipilih.
  4. Penyertaan: Jika anda memenuhi kriteria tapisan, anda akan menerima arahan jelas untuk menyertai penyelidikan, sama ada melalui panggilan video ‘one-to-one’, tinjauan atas talian atau kaedah-kaedah lain.
  5. Pembayaran: Bagi penyelidikan-penyelidikan yang memberikan pampasan, anda akan menerima bayaran untuk masa dan maklum balas anda melalui platform User Interviews. Platform ini akan menguruskan insentif pembayaran dengan selamat menggunakan kad atau baucar digital, bergantung pada negara anda.

Adakah platform ini selamat?

Ya, keselamatan dan privasi anda adalah perkara terpenting untuk kami. User Interviews adalah sebuah platform kajian yang terkemuka dan dipercayai oleh pelbagai syarikat global seperti Microsoft, Zendesk dan Atlassian, untuk menjalankan kajian secara selamat dan efisyen.

Platform ini mempunyai persijilan SOC 2, bermaksud ia memenuhi piawaian ketat bagi keselamatan dan privasi serta mempunyai sistem lengkap untuk mengelakkan sebarang aktiviti penipuan, juga untuk memastikan pengalaman berkualiti tinggi untuk penyelidik dan peserta.

Luno hanya akan berkongsi maklumat anda dengan User Interviews jika anda telah bersetuju secara jelas untuk menyertai program ini dan hanya bertujuan untuk menjemput anda terhadap penyelidikan yang relevan. Baca lagi mengenai Dasar Privasi User Interviews dan Dasar Privasi Luno untuk mengetahui bagaimana data anda disimpan dengan selamat dan bagaimana ia digunakan secara bertanggungjawab.

Apa yang kami tidak akan minta 

Kami TIDAK AKAN meminta maklumat peribadi sensitif seperti kata laluan Luno, maklumat kad atau perbankan, serta mengenakan bayaran untuk menyertai kajian.

Tip

Berminat untuk menyertai panel atau ingin menyemak kesahihan jemputan? Hubungi research@luno.com, help@luno.com atau semak artikel mengenai senarai emel Luno yang disahkan.


Soalan Lazim

Adakah terdapat umur minimum?

Ya, anda perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan merupakan pelanggan Luno untuk menyertai program ini.

Apa yang saya perlukan untuk menjadi peserta?

Anda memerlukan komputer dengan kamera web yang berfungsi, sambungan internet yang stabil, fon kepala serta mengetahui penggunaan pekakas mesyuarat atas talian seperti perisian Zoom atau Google Meet. Pastikan anda mempunyai ruang yang senyap dari ganguan, dan pastikan mikrofon anda berfungsi dengan baik.

Sesetengah penyelidikan mungkin memerlukan sistem pengoperasian (seperti Windows atau MacOS) atau pelayar (seperti Google Chrome atau Microsoft Edge) spesifik. Anda boleh menggunakan telefon pintar untuk ujian, tetapi sila maklum bahawa jenis peranti akan dinyatakan dalam jemputan penyelidikan.

Berapa lama masa yang diambil untuk penyelidikan?

Masa kajian berbeza mengikut ujian yang dilakukan, dan biasanya tidak lebih dari 30 minit. Sesetengan temubual mungkin memerlukan lebih masa, dan ini akan dinyatakan dengan jela dalam jemputan penyelidikan.

Sila maklum bahawa ana perlu memberikan fokus 100% bagi setiap ujian yang dijalankan. Anda boleh menghentikan seketika rakaman pada bila-bila masa, oleh itu anda boleh kekal tenang jika terdapat gangguan.

Berapa kerap saya akan menerima ujian?

Anda mungkin akan menerima beberapa jemputan penyelidikan selama beberapa bulan, atau tiada jemputan. Kami memilih peserta panel berdasarkan maklumbalas yang kami perlukan, oleh itu maklumat yang diisi semasa pendaftaran adalah amat berguna untuk membantu kami memilih peserta yang betul bagi setiap ujian. Kekosongan ujian adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Jika anda berminat untuk menyertai kajian, sila berikan maklum balas secepat mungkin – dan anda tidak perlu melaksanakan ujian tersebut segera.

Bagaimana saya akan dibayar?

User Interviews menggunakan Tremendous, sebuah platform pengedar insentif yang memberikan anda pilihan untuk memilih lebih dari 1000 jenis insentif (termasuklah kad Visa digital, kad hadiah Amazon dan jenama-jenama lain, dan derma amal) di lebih 200 negara. Jumlah dan jenis insentif mungkin berbeza dari negara ke negara. Lawati User Interviews untuk mengetahui lagi mengenai pilihan insentif anda.

Kebanyakan insentif dikeluarkan dalam tempoh sehari atau dua hari. Biasanya bayaran akan diserahkan kepada penyelidik dalam tempoh 10 hari bekerja selepas sesi diselesaikan. Kami memberikan para penyelidik kami sedikit masa tambahan disebabkan mereka mungkin perlu mengesahkan kehadiran bersama moderator, menyemak kajian berasaskan tugasan dan mengeluarkan bayaran secara manual dan lain lain.

Bagaimana saya pastikan keselamatan data?

Apabila anda mendaftar sebagai peserta ujian, kami tidak akan menggunakan maklumat anda selain dari menghubungi anda mengenai kajian atau menjemput anda sebagai peserta kajian. Jika kami memerlukan anda untuk menguji fungsi-fungsi aplikasi Luno, kami tidak akan menggunakan maklumat akaun sebenar anda, namun anda akan diberikan akaun ‘dummy’ untuk digunakan dalam kajian. Setiap kajian akan mempunyai dokumen kebenaran khas untuk anda semak sebelum bersetuju untuk menyertai kajian – agar anda mengetahui data dan maklumat yang dikumpul.

Bagaimana untuk mengetahui kesahihan jemputan?

Sebarang jemputan atau emel kajian yang diterima daripada panel kajian kami akan dihantar dari research@userinterviews.luno.com atau research@userinterviews.com. Kami tidak akan meminta anda untuk memindahkan wang atau berkongsi maklumat akaun dengan kami.

Tip

Jika anda bimbang atau tidak pasti mengenai emel yang diterima, sila hubungi kami sebelum memberi maklumbalas, atau semak panduan phishing kami untuk mengetahui cara-cara melindungi akaun anda dari komunikasi mencurigakan.

Bagaimana untuk berhenti dari menerima jemputan kajian?

Jika, pada bila-bila masa, anda membuat keputusan tidak lagi berminat untuk menyertai projek-projek User Interviews, anda boleh menyahlanggan platform ini dengan menekan pautan nyahlanggan pada bahagian ‘footer’ emel dari User Interviews. Anda juga boleh menghubungi research@luno.com dan kami akan memadam anda dari senarai rangkaian kami.

Tip

Untuk maklumat lanjut mengenai proses ujian dan apa yang anda boleh jangkakan, sila lawati halaman sokongan peserta User Interviews.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?