Memahami bagaimana Luno Malaysia menyenaraikan dan menarik senarai aset-aset digital

Di Luno, misi kami adalah untuk menaik taraf sistem kewangan dunia dengan selamat dan telus. Untuk melindungi pelanggan kami dan kekal patuh dengan kawal selia yang ditetapkan di Malaysia, kami mengikuti Rangka Kerja Penyenaraian dan Nyah-Senarai Aset Digital. Panduan ini akan menerangkan bagaimana kami membuat keputusan jenis aset yang disenaraikan pada platform kami dan apa akan berlaku jika kami perlu menariknya daripada senarai.

Bagaimana kami memilih aset digital

Kami tidak sekadar menyenaraikan sebarang aset. Setiap rancangan tambahan aset digital ke Luno Malaysia perlu melalui lima tahap semakan komprehensif untuk memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan yang tinggi kami:

  1. Nominasi: Pasukan pakar kami akan mengenalpasti aset-aset yang selari dengan matlamat strategik dan keperluan pengguna
  2. Semakan mendalam: Pasukan khas akan menjalankan semakan mendalam terhadap setiap aset-aset berpotensi dari segi kekukuhan teknikal, kedudukan undang-undang dan pematuhan
  3. Kelulusan tadbir urus: Jawatankuasa Pemilihan Aset Digital (DASC) dan Jawatankuasa Kelulusan Tempatan akan menyemak semua hasil pemerhatian untuk membuat keputusan akhir berdasarkan integriti platform dan minat pengguna
  4. Implementasi: Kami menetapkan infrastruktur teknikal penting dan memastikan semua kondisi keselamatan dipenuhi sebelum pelanggan mula melabur
  5. Pengawasan berterusan: Kami menjalankan semakan semula secara berkala (sekurang-kurangnya setahun sekali) untuk memastikan aset-aset yang disenaraikan kekal selamat untuk komuniti kami

Memahami kategori aset: “Bod” aset digital

Untuk membantu anda menguruskan risiko, kami mengasingkan aset-aset digital kepada beberapa “Bod” berbeza berdasarkan kematangan dan profil risiko setiap aset:

  1. Bod Utama: Untuk aset-aset matang dengan rekod prestasi terbukti, mempunyai kecairan tinggi dan sekurang-kurangnya mempunyai sejarah dagangan di pasaran awam selama setahun
  2. Bod berisiko tinggi (Memecoin dan Token Bursa):
  • Memecoins: Aset-aset yang dipacu oleh sentimen komuniti dan trend budaya
  • Token bursa: Token natif bagi platform dagangan spesifik (cth BNB atau UNI)

Nota

Aset-aset ini mempunyai volatiliti lebih tinggi dan datang dengan amaran risiko dipertingkatkan dan label spesifik dipaparkan pada aplikasi.

  • Aset-aset dilarang: Selari dengan panduan kawal selia di Malaysia, Luno Malaysia tidak menyenaraikan Koin Privasi (yang menyembunyikan aliran transaksi) atau Stablecoin buat masa ini.

Pendedahan awam dan ketelusan

Kami percaya bahawa pelanggan termaklum adalah pelanggan yang selamat. Bagi setiap aset digital yang disenaraikan, kami menyediakan maklumat:

  • Penerangan operasi: Sejarah terperinci aset, termasuklah sebarang kegagalan keselamatan atau rekod godaman
  • Sejarah dagangan: Volum dan sejarah harga agar anda boleh memahami volatiliti pasaran
  • Pemilikan token: Maklumat mengenai pengagihan token dan konsentrasi pemilikan, berdasarkan ketersediaan data tersebut kepada umum.

Bila dan mengapa kami membuat menyahsenarai aset

Apabila aset tidak lagi memenuhi piawaian kami disebabkan perubahan kawal selia, kelemahan keselamatan atau berlaku pengabaian projek. Jika kami membuat keputusan untuk menyahsenarai sesuatu aset, kami mengikuti aliran berstruktur untuk melindungi pegangan anda:

  1. Notis awal: Kami akan menyediakan notis munasabah agar anda boleh membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan baki anda
  2. Sekatan dagangan: Kami akan menutup fungsi “Beli” terlebih dahulu untuk mengelakan pendedahan baru
  3. Sokongan keluar: Kami akan menawarkan panduan untuk anda menjual pegangan atau memindahkannya ke dompet peribadi jika dibenarkan

Keadaan Terkecuali: Penukaran Automatik

Jika berlaku situasi dimana aset yang ditinggalkan dalam akaun anda berkemungkinan memberikan risiko signifikan (seperti masalah kecairan ekstrem, pencerobohan keselamatan atau jika anda gagal memindahkan aset selepas tempoh notis yang lama), Luno akan melaksanakan penukaran automatik.

Dalam kes ini, pegangan anda akan ditukar kepada Ringgit Malaysia (MYR), dimana ia merupakan pilihan tukaran lalai atau aset-aset stabil lain untuk melindungi nilai pegangan anda. Kami sentiasa akan berkomunikasi sebab-sebab dan masa bagi tindakan-tindakan berikut melalui emel dan laman web.

Kesimpulan

Di Luno Malaysia, Rangka Kerja Penyenaraian dan Nyahsenarai Aset Digital adalah lebih dari sekadar peraturan; ia merupakan komitmen kami untuk mengekalkan persekitaran selamat, adil dan telus bagi perjalanan kripto anda. Dengan menggunakan penilaian risiko berterusan, tadbir urus yang kukuh dan komunikasi jelas, Luno bermatlamat untuk menyokong persekitaran dagangan yang selamat sambil memenuhi pematuhan kawal selia dan memastikan pelanggan kami sedia maklum di setiap tahap.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?