Jika anda dibawa ke artikel ini ketika membuat cubaan pemulihan akaun Luno, ini bermaksud pasukan sokongan kami perlu memadam peranti dipercayai anda secara manual – selepas anda menyelesaikan beberapa semakan keselamatan.
Tekan butang di bawah untuk mulakan:
Apa yang berlaku seterusnya?
Selepas anda menghantar borang permintaan:
- Wakil keselamatan dari pasukan sokongan kami akan menyemak akaun anda untuk mengesahkan tiada aktiviti mencurigakan.
- Kami mungkin akan menghubungi anda melalui panggilan telefon atau emel bersama arahan untuk pengesahan identiti.
- Kami akan cuba untuk melengkapkan keseluruhan proses dalam tempoh 24 jam atau kurang.
Mengapa proses ini penting?
Kami memperkenalkan langkah perlindungan sementara ini untuk memastikan dana simpanan anda kekal selamat. Peranti dipercayai adalah satu faktor keselamatan yang amat penting, oleh itu kami perlu memastikan anda yang membuat permintaan ini dan bukan penyerang/penyamar yang mungkin telah mendapat akses ke emel atau SMS anda.
Tambahan tindakan keselamatan yang boleh diambil
- Semak emel anda untuk sebarang emel pengesahan peranti dari Luno yang diterima secara tiba-tiba. Ini merupakan petunjuk cubaan pencerobohan akaun. Jangan sesekali mengesahkan permintaan ini.
- Pastikan aplikasi dan perisian peranti anda kekal dikemaskini.
Nota
Luno tidak akan menghubungi anda secara tiba-tiba dan meminta anda untuk memadam peranti dipercayai, menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA) atau memadam kunci laluan. Kami tidak akan meminta kata laluan, kod 2FA atau meminta anda untuk sebarang memasang perisian tambahan.