Kami telah mengemaskini bagaimana kami mengira caj penghantaran token SPL (token pada rangkaian Solana) untuk menjadikan transaksi anda lebih cekap kos.
Apabila anda menghantar token SPL, rangkaian mungkin akan mengenakan caj on-chain berbeza, bergantung pada alamat destinasi.
Sesetengah alamat Solana telah pun dilabelkan sebagai rent-exempt (pengecualian), bermaksud alamat-alamat ini memenuhi keperluan baki minimum rangkaian. Alamat-alamat lain tidak mempunyai pengecualian ini dan memerlukan caj on-chain tambahan – kadang-kala ia digelar sebagai caj account rent (sewaan akaun).
Mengapa caj berubah-ubah
Anda kini akan dipaparkan dengan anggaran caj dinamik berdasarkan destinasi token anda. Kami telah menaiktaraf kaedah pengiraan caj hantar bagi token SPL agar amaun yang dikenakan adalah berdasarkan alamat destinasi sebenar – untuk membantu mengurangkan caj penghantaran. Berikut adalah cara kaedah ini berfungsi:
- Caj lebih rendah (alamat rent-exempt): Jika destinasi alamat dianggap rent-exempt, ini bermaksud ia mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung keperluan storan Solana. Anda tidak perlu membayar caj “sewaan”
- Caj standard (alamat tidak berkecuali): Jika destinasi alamat adalah baharu atau di bawah tahap rent-exempt, caj akan dikenakan untuk menampung kos on-chain mandatori yang diperlukan oleh rangkaian Solana mencipta akaun tersebut
Hasilnya, caj penghantaran bagi token SPL mungkin berubah dari satu transaksi ke satu transaksi lain bergantung pada destinasi penghantaran token. Kemaskini ini memastikan pelanggan dikenakan caj yang tepat dan boleh mengurangkan caj jika banyak penghantaran dibuat.
Nota
Kemaskini ini hanya terpakai khas untuk token SPL. Penghantaran token natif Solana (SOL) kekal tidak berubah kerana token ini tidak memerlukan caj account rent khas.