Berikutan dari undian komuniti tadbir urus pada Jun 2026, The Open Network telah menukar nama mata wang kripto natifnya daripada Toncoin (TON) kepada Gram (GRAM).
Apakah kesan kepada pelanggan Luno?
- Pada 27 Julai, Toncoin (TON) akan dinamakan semula kepada Gram (GRAM) di Luno.
- Baki anda tidak berubah: 1 TON akan menjadi 1 GRAM.
- Anda tidak perlu mengemaskini apa-apa alamat dompet: dompet yang menerima TON akan turut menerima GRAM selepas ini.
- Beli, jual, hantar dan terima masih berfungsi seperti biasa.
Secara ringkasnya, tiada tindakan diperlukan daripada anda. Kemaskini ini adalah penamaan semula dan tidak melibatkan perubahan rangka kerja rantaian blok.