Kami menilai aset-aset digital yang disokong oleh platform Luno secara berkala untuk memastikan aset-aset ini memenuhi piawai prestasi operasi, sekuriti, pematuhan kawal selia dan kecairan pasaran.
Apabila sesuatu aset tidak lagi memenuhi senarai piawaian ini, atau disebabkan perubahan kawal selia rantau, sokongan platform terhadap aset tersebut berkemungkinan akan dihentikan di rantau-rantau tertentu.
Berikut adalah jadual nyahsenarai aset aktif akan datang.
Jadual nyahsenarai aktif
1. Loopring (LRC) — Indonesia, Malaysia, Nigeria, dan Afrika Selatan
Berikutan dari penutupan kekal infrastruktur rangkaian asas Loopring, LRC tidak lagi memenuhi piawai penyenaraian kami. Sokongan bagi LRC akan dihentikan untuk pelanggan yang berdaftar di Indonesia, Malaysia, Nigeria dan Afrika Selatan.
| Tarikh | Fasa | Apa yang berlaku? | Apa tindakan anda |
|---|---|---|---|
23 September 2026 (ID)
28 September 2026 (MY, NG, ZA) | Notis awal | Pengumuman akan dihantar kepada pelanggan yang terkesan. | Semak dan rancang baki LRC anda. |
| 28 September 2026 | Deposit dihentikan | Deposit-deposit LRC akan ditutup. | Jangan menghantar LRC baharu ke akaun anda. |
| 8 Oktober 2026 | Bursa Dagangan ditutup | Buku pesanan ‘Spot’ pasangan dagangan bagi LRC akan ditutup. | Semak dan batalkan sebarang pasaran had aktif. |
| 8 Oktober – 2 November 2026 | Tempoh Tangguh (Grace Period) | Tempoh tambahan untuk fungsi Jual Segera dan pengeluaran keluar. | Guna fungsi Jual Segera atau pindahkan LRC anda ke dompet luaran. |
| 11 November 2026 | Tukaran automatik & Penutupan | Sebarang baki LRC yang tidak dikeluarkan akan ditukar ke mata wang fiat tempatan secara automatik pada kadar pasaran semasa. Dompet LRC akan dipadam dari paparan aplikasi anda. | Tenang – sebarang baki LRC akan ditukar kepada mata wang tempatan (IDR, MYR, NGN, or ZAR) secara automatik! |
Apa yang berlaku semasa proses nyahsenarai dibuat?
Apabila sesuatu aset telah dijadualkan untuk dinyahsenarai di negara anda, proses nyahsenarai ini mengikuti empat fasa standard:
- Deposit dihentikan: Deposit rantaian blok seterusnya bagi token yang terlibat akan ditutup. Deposit yang dibuat selepas fasa ini tidak boleh dikreditkan secara automatik dan berkemungkinan tidak boleh dikembalikan semula.
- Dagangan ditutup: Buku pesanan ‘Spot’ dan pasangan dagangan ditutup. Sebarang pesanan had aktif akan dibatalkan secara automatik.
- Tempoh tangguh: Tempoh khas akan disediakan untuk anda menjual token melalui fungsi Jual Segera Luno atau memindahkannya ke dompet luaran.
- Penutupan & penukaran automatik: Jangan risau – dana anda selamat! Apabila sokongan dompet ditamatkan, sebarang baki token akan ditukar ke mata wang tempatan (seperti IDR, MYR, NGN atau ZAR) pada kadar pasaran semasa.

Soalan lazim
Bagaimana untuk mengetahui sama ada saya terkesan dengan proses nyahsenarai token?
Anda akan menerima notis awal daripada kami melalui emel atau notifikasi aplikasi.
Apa akan berlaku jika saya tidak mengeluarkan atau menjual token saya sebelum ia dinyahsenarai?
Anda tidak akan kehilangan dana anda. Sebarang baki yang ada pada tarikh akhir penutupan akan ditukar kepada mata wang fiat tempatan pada kadar pasaran semasa secara automatik.
Adakah saya masih boleh mengakses sejarah transaski selepas dompet dipadam?
Ya. Walaupun dompet token tidak lagi dipaparkan pada paparan utama aplikasi Luno, sejarah transaksi lengkap kekal tersedia dalam penyata akaun anda untuk tujuan audit dan cukai.