Adakah Fungsi Luno Large Cap Bundle patuh syariah?

Ya, fungsi Luno Large Cap Bundle telah diiktiraf sebagai patuh Syariah dan mematuhi prinsip-prinsip Syariah oleh Sharlife, penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Paparkan Sijil Pematuhan Syariah di sini.

Penilaian komponen

Komponen semasa dalam fungsi Luni Large Cap Bundle di Malaysia adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Solana (SOL). Kesemua mata wang kripto ini telah dinilai sebagai aset digital patuh Syariah.

Struktur kontrak

Fungsi Luno Large Cap Bundle menggunakan struktur Kontrak Wakala bi al-Ujarah: pengguna melantik Luno sebagai wakil untuk melaksanakan dan mengawasi fungsi Bundle bagi pihak pengguna. Ini termasuk proses pengimbangan semula fungsi Bundle, selari dengan metodologi CoinDesk 5 Index.

Saringan dan pengimbangan semula

Komponen-komponen dalam Fungsi bundle adalah tertakluk kepada saringan Syariah berterusan. Status syariah aset-aset mata wang kripto baru akan dinilai terlebih dahulu jika terdapat penambahan komponen fungsi Bundle.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?