Polkadot ialah rantaian blok generasi seterusnya yang meneraju mekanisme konsensus Nominated Proof-of-Stake (NPoS) yang bermatlamat untuk mencipta ekosistem yang menempatkan pelbagai rantaian blok berbeza, namun bersambung dengan satu sama lain. Token natif bagi Polkadot ialah DOT, diasaskan pada Mei 2020 untuk menyelesaikan masalah kritikal dalam industri kripto.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan DOT, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima DOT.
Menghubungkan titik titik
Rantaian blok akan menjadi lebih perlahan jika lebih data dimasukkan ke dalamnya. Dan sebelum ini, jenis-jenis rantaian blok berbeza tidak boleh berkomunikasi dengan satu sama lain. Ini merupakan masalah yang ingin diselesaikan oleh Polkadot.
Dalam asas rantaian blok Polkadot, terdapat tiga fungsi spesifik yang menjadikan membezakan protokol dalam rantaian blok ini:
- Relay Chain
- Parachain
- Jejambat Polkadot
Relay Chain membolehkan rantaian blok, aplikasi dan perkhidmatan luaran berkomunikasi dengan satu sama lain dengan selamat tanpa memerlukan pihak tengah. Ia membolehkan rantaian blok untuk bekerjasama dengan harmoni, dan membolehkan semua perkhidmatan ini fokus pada fungsi-fungsi spesifik agar permintaan pemprosesan dikurangkan.
Rantaian blok yang dihubungkan ke rangkaian Polkadot dipanggil parachain dan kesemuanya menuju ke Relay Chain – iaitu rantaian blok utama. Relay Chain dan parachain boleh dilihat sebagai larian berganti-ganti, dimana satu rantaian blok akan menyerahkan baton ke rantaian blok seterusnya, kemudian diserahkan ke rantaian blok utama di garisan penamat.
Jejambat Polkadot menghubungkan rantaian-rantaian blok seperti Ethereum atau Bitcoin ke rangkaian Polkadot. Jejambat ini menyediakan laluan yang sesuai untuk pindahan data – bukan sekadar token – dari satu rantaian blok ke satu rantaian blok yang lain walaupun mempunyai protokol dan peraturan yang berbeza.
Teknologi-teknologi inilah yang mencipta asas bagi ekosistem Web3: laman web tidak berpusat dan tanpa memerlukan izin untuk memberikan pengguna pemilikan terhadap data dan identiti mereka sambil melakukan transaksi digital yang selamat.
Bagaimana Nominated Proof-of-Stake berfungsi?
Anda mungkin telahpun memahami bagaimana rantaian blok Proof-of-Stake berfungsi seperti Ethereum dan Cardano – ia menggunakan rangkaian pengesah untuk mencipta blok-blok baharu dan mengesahkan transaksi. Peserta boleh menjadikan matawang kripto mereka sebagai Stake dan menjadi pengesah: ganjaran kripto akan diterima jika mereka mengesahkan transaksi dengan betul, atau kehilangan kripto yang dijadikan Stake jika mereka tidak melakukan perkara yang betul atau melakukan tindakan jahat.
Biasanya, protokol Proof-of-Stake akan memilih pengesah secara rawak untuk mengesahkan set transaksi seterusnya (walaupun mempunyai lebih banyak Stake akan meningkatkan peluang untuk dipilih).
Dengan rantaian blok Nominated Proof-of-Stake, pengesah tidak dipilih secara rawak. Terdapat nod-not khas yang dipanggil sebagai nominator, dan ia digunakan untuk memilih pengesah yang akan mengesahkan transaksi.
Nominator perlu meletakkan amaun DOT yang besar untuk dijadikan Stake, bermaksud mereka akan kehilangan amaun yang besar jika mereka membuat kesilapan. Asas pemilihan adalah berdasarkan pelbagai kriteria, seperti rekod lampau pengesah, sama ada mereka telah mengesahkan identiti mereka dan jumlah kripto yang dijadikan Stake.
Insiden keselamatan:
Polkadot telah mengalami insiden keselamatan berikut:
Masalah Dompet Multi-Sig Parity Technologies (Julai 2017)
Masalah ini menyebabkan Parity Technologies kehilangan akses terhadap lebih dari $90.00 juta ETH dan merupakan anggaran 66.00% dari hasil penjualan token Polkadot. Dana tersebut kekal beku dan pemulangan semula memerlukan perlaksanaan hard fork pada Ethereum. Sumber: TechCrunch
Kelemahan Kod Parity (November 2017)
Kelemahan dalam kod Parity telah menyebabkan 587 dompet telah dibekukan secara kekal. Dompet-dompet ini mengandungi anggaran 513,774 ETH dan pelbagai token ERC-20. Sumber: CNBC.com
Pepijat Dompet Parity (Julai 2017)
Satu pepijat telah membolehkan penyerang merompak 350,000 ETH, bernilai anggaran $30.00 juta pada ketika itu, dari dompet Parity. Sumber: Coindesk
Penghentian Pengeluaran Blok Polkadot (Mei 2021)
Pengeluaran blok terhenti selama 71 minit oleh ralat yang disebabkan oleh perbezaan dalam versi compiler di antara runtime natif dan runtime WASM atas rantaian Polkadot. Masalah ini diselesaikan dengan meminta pengesah untuk menurun taraf versi klien mereka. Sumber: Medium
Masa turun (Downtime) Nod Polkadot (Jun 2021)
Beberapa nod Polkadot tidak berfungsi dan menyebabkan masalah prestasi dan kelembapan masa blok. Masalah ini dipulihkan dengan membuat penurunan taraf penerbitan Polkadot v0.8.30 Sumber: Polkadot Diligence Report
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
Polkadot mempunyai bekalan maksimum sebanyak 1.65 billion DOT dengan 100% berada dalam edaran setakat Januari 2026. Secara kolektif, alamat dompet 10 teratas memegang anggaran ~489 juta DOT (~29.6% dari jumlah maksimum bekalan token).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token DOT.
Tip
Ingin meneroka Polkadot? Ketahui mengenai asas-asas DOT dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Ingin mengetahui lagi cara-cara untuk membeli dan menjual DOT? Dapatkan jawapan pada artikel bantuan berikut:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.