Jika anda tidak menerima kod SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda ketika mendaftar akaun Luno atau anda cuba untuk mengemaskini nombor telefon, anda boleh mengikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk menerima semula SMS atau meminta Luno untuk hubungi anda.
Bagaimana untuk menghantar semula SMS atau dapatkan panggillan daripada Luno
Pada skrin Semak SMS anda:
-
Jika anda tidak menerima SMS dalam tempoh satu minit, tekan HANTAR SEMULA SMS
-
Jika SMS masih lagi tidak diterima, pilih HUBUNGI SAYA. Anda akan menerima satu panggilan yang akan membacakan kod 6-angka anda
-
Jika anda tidak menerima sebarang SMS atau panggilan, kemungkinan terdapat masalah rangkaian pada kami atau anda. Jika ya, cuba langkah ini pada masa yang lain.
Tip
Semak peti spam atau sekat pada aplikasi mesej telefon anda. Jika anda menerima SMS yang dihantar daripada Luno, pastikan anda menekan bukan spam ATAU nyahsekat untuk memindahkan SMS tersebut keluar daripada peti spam atau sekat. Dengan cara ini, mesej daripada Luno akan diterima terus ke peti masuk anda.
Jika anda menggunakan aplikasi tapisan mesej versi Premium (seperti Truecaller), pergi ke Mesej, pilih peti Spam, cari SMS daripada Luno, tekan pada ikon Tetapan dan pilih Jangan tanda sebagai spam. Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah menerima SMS daripada Luno lagi.
Jika anda telah mencuba semuanya dan masih tidak menerima kod SMS, hubungi pasukan bantuan kami.