Anda boleh mengemaskini nombor telefon anda dengan mudah pada tetapan profil anda.
Di situ anda boleh:
- Tambah alamat emel yang anda gunakan untuk log masuk ke Luno
- atau Tukar nombor telefon yang dipautkan pada profil anda
Tip
Ketahui cara mengemas kini nombor mudah alih anda dan alamat e-mel anda.
Menghadapi masalah untuk mengemaskini alamat e-mel atau nombor telefon anda?
Kami akan membantu anda jika anda tidak dapat mengemaskini maklumat hubungan anda. Pilih Tukar alamat email saya atau Kemaskini nombor saya dan kami akan meminta anda untuk menyediakan maklumat-maklumat berikut:
-
Alamat emel atau nombor telefon yang digunakan pada akaun anda
-
Alamat emel atau nombor telefon yang ingin ditukar
-
Sebab anda tidak dapat mengemaskini maklumat hubungan
-
Muat naik gambar swafoto bersama dokumen pengenalan dan nota
Ingat
-
Wajah anda mesti kelihatan jelas
-
Maklumat pada dokumen pengenalan diri dan nota tulisan tangan anda mestilah boleh dibaca
-
Anda mesti memegang dokumen pengenalan diri anda dan nota tulisan tangan dalam foto yang sama
-
Nota perlu menyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh Luno. Jika tidak, permintaan anda adalah tidak sah
Untuk contoh rupa swafoto dengan ID anda, berikut ialah cara mengambil swafoto yang baik dengan ID dan nota.
Apa yang perlu dinyatakan dalam nota?
Untuk swafoto dengan ID dan nota, lampirkan foto anda yang jelas dan beresolusi tinggi yang memegang kedua-dua perkara berikut dalam foto yang sama:
-
Dokumen pengenalan diri anda
-
Nota bertulis dengan tarikh semasa, “Untuk Kegunaan Luno Sahaja” dan juga tindakan yang perlu dilakukan oleh Luno.
Contoh tindakan:
Nota anda perlu menyatakan maklumat yang spesifik:
-
Jika anda ingin menetapkan semula fungsi 2FA, nota anda perlu menyatakan Tarikh Semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila set semula fungsi 2FA saya”
-
Jika anda mengemaskini kata laluan, nota anda perlu menyatakan Tarikh Semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini kata laluan saya”
-
Jika anda mengemaskini alamat emel, nota anda perlu menyatakan Tarikh Semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini emel saya dari [alamat emel lama] kepada [alamat emel baharu]”
-
Jika anda mengemaskini nombor telefon, nota anda perlu menyatakan Tarikh Semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini nombor telefon saya dari [nombor telefon lama] kepada [nombor telefon baharu]”