Mudah sahaja untuk mengemaskini alamat emel yang digunakan pada akaun Luno anda dengan mengikuti langkah dibawah:
Nota
Apabila anda menambah alamat emel, pastikan anda menggunakan peranti yang sama untuk melengkapkan keseluruhan tindakan, atau jika anda menggunakan beberapa peranti, pastikan semua peranti disambung dengan router yang sama dan tutup fungsi VPN jika perlu.
Langkah 1: Tukar alamat emel anda
- Log masuk ke akaun Luno anda dengan alamat e-mel dan kata laluan anda
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Skrol ke Tetapan
- Pilih Emel daripada pilihan yang dipaparkan
- Pada skrin Uruskan emel anda, pilih Tambah emel baru
Masukkan alamat emel baharu dan tekan SETERUSNYA
Perlu diingat
Alamat emel Gmail, Hotmail atau Outlook yang mengandungi “.” (titik) atau “+” pada bahagian emel (bahagian sebelum @) adalah tidak diterima. Contoh:
- your.email@gmail.com 🚫
- youremail+alias@gmail.com 🚫
- youremail@gmail.com ✅
Jika emel anda tidak diterima, sila padam sebarang simbol “.” atau “+” dari emel anda.
Gmail, Hotmail dan Outlook tidak menggunakan simbol pada bahagian emel. Ini bermaksud your.email@gmail.com dan youremail@gmail.com akan diterima di peti masuk yang sama.
Langkah 2: Beri kebenaran dan memuktamadkan perubahan
Anda perlu mengesahkan penukaran emel supaya kami boleh mengesahkan yang andalah yang membuat pertukaran. Anda akan menerima pautan pengesahan melalui (salah satu):
Push notification - jika anda peranti yang dipercayai
SMS - pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang dipaut pada akaun anda
- Emel - pengesahan akan dihantar ke emel sedia yang dipaut pada akaun anda
Apabila anda menekan pautan yang diberikan, skrin pengesahan akan dipaparkan. Pilih terima atau nafi bagi penukaran tersebut.
Setelah disahkan, anda telah berjaya menambah akaun emel baharu ke akaun Luno anda. Emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel baharu tersebut. Klik pada pautan dari emel tersebut untuk mengesahkan alamat emel baharu anda. Setelah disahkan, ikuti langkah dibawah:
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Skrol kebawah, tekan Tetapan
- Pilih Emel daripada pilihan yang, dan pillih alamat emel anda yang baharu
- Klik pada tiga titik di sebelah emel baharu anda, kemudian tekan Jadikan utama
Tahniah! Anda telah berjaya mengemaskini alamat emel anda.
Tip
Ingin mengetahui bagaimana untuk mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain? Semak pautan dibawah tentang bagaimana untuk mengemaskini nombor telefon dan kata laluan.