Amaran keselamatan penting
Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).
Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.
Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.
Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.
Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.
Peranti yang dipercayai (trusted device) ialah telefon pintar anda yang digunakan untuk aplikasi Luno. Peranti ini akan mengesahkan permintaan untuk melaksanakan tindakan berisiko tinggi pada akaun Luno anda.
Untuk keselamatan, sesetengah tindakan (log masuk, tukar nombor telefon atau menghantar matawang kripto) perlulah disahkan oleh anda sendiri dan untuk memastikan bukan individu lain yang melakukan tindakan tersebut pada akaun Luno anda.
Oleh itu, kami mungkin akan menghantar 6-digit OTP (PIN Sekali Guna) atau permintaan pengesahan melalui:
Notifikasi push melalui aplikasi Luno pada peranti yang dipercayai, atau
Or Emel kepada alamat emel utama dari akaun Luno anda
Mengapa saya perlukan peranti yang dipercayai?
Luno akan menghantar permintaan sekuriti terus ke aplikasi Luno di telefon bimbit anda melalui notifikasi push – berbanding melalui SMS atau Emel.
Permintaan sekuriti ini termasuklah:
Kod log masuk 6-digit untuk memastikan cubaan log masuk
Permintaan Pengesahan untuk tindakan berisiko tinggi
Apakah peranti yang boleh digunakan sebagai peranti yang dipercayai?
Sebarang telefon pintar yang anda gunakan untuk mengakses ke akaun Luno anda melalui aplikasi Luno boleh digunakan sebagai peranti yang dipercayai.
Nota
Pastikan anda tidak disambungkan ke VPN apabila menambah peranti dipercayai. Semua peranti perlu menggunakan alamat IP yang sama. Apabila arahan dipaparkan, pastikan anda mengesahkan tindakan tersebut pada peranti yang ingin digunakan sebagai peranti dipercayai.
Bagaimana untuk mempercayai peranti saya?
Log masuk ke versi terbaru aplikasi Luno
Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
Pilih Sekuriti
Skrol ke bahagian Peranti
Pilih peranti untuk dijadikan peranti dipercayai, kemudian pilih PERCAYA PERANTI dan sahkan
- Selesaikan proses ini dengan mengesahkan permintaan yang dihantar melalui emel
Berjaya! Peranti dipercayai anda akan menerima semua permintaan sekuriti melalui notifikasi push.
Nota
Luno tidak akan sesekali meminta anda mempercayai sesebuah peranti untuk kami atau orang lain. Untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan, hanya aktifkan peranti yang diminta oleh anda, bukan daripada permintaan orang lain.
Bagaimana untuk memadam peranti dipercayai?
Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
Pilih Sekuriti
Pergi ke Peranti
- Pilih peranti yang ingin dipadam dan tekan PADAM
Misi berjaya! Peranti yang dipercayai akan dibatalkan dan ia tidak akan menerima lagi permintaan sekuriti melalui notifikasi push.
Nota
Pengesahan adalah tidak diperlukan untuk membatalkan peranti yang dipercayai.
Tip
Jika anda menghadapi masalah dengan peranti anda yang dipercayai, kami mempunyai petua penyelesaian masalah yang tersedia dalam panduan penyelesaian masalah peranti dipercayai kami. Tidak pasti cara mendayakan pemberitahuan tolak? Baca artikel ini untuk mengetahui cara mendayakan pemberitahuan tolak pada peranti mudah alih anda.