Bagaimana untuk hidupkan notifikasi push pada peranti mudah alih saya?

Jika anda mempunyai aplikasi Luno dipasang pada peranti mudah alih anda, anda boleh menerima notifikasi push selagi ia dihidupkan.

Notifikasi push menambah lagi sekuriti akaun Luno anda. Apabila dihidupkan, anda akan menerima notifikasi push pada salah satu keadaan berikut:

  • Untuk memberitahu aktiviti terkini pada akaun Luno anda, contohnya log masuk baru

  • Mengandungi OTP 6-digit yang diperlukan untuk log masuk - jika anda mempunyai peranti dipercayai dan pengesahan dua-faktor (2FA) tidak dihidupkan

  • Meminta anda untuk mengesahkan tindakan spesifik pada akaun Luno anda, jika anda mempunyai peranti dipercayai

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk menyediakan 2FA? Berikut ialah cara menyediakan pengesahan dua faktor dan jadikan telefon mudah alih anda peranti yang dipercayai untuk melindungi akaun Luno anda.

Bagaimana untuk menghidupkan notifikasi push?

Anda boleh menghidupkan notifikasi push dengan mudah daripada tetapan telefon anda.

Cara-cara

 Peranti Android

  1. Buka aplikasi tetapan telefon anda

  2. Pilih Apl & notifikasi, kemudian Notifikasi

  3. Pada bahagian Dihantar terkini, cari aplikasi yang terkini menghantar notifikasi kepada anda. Untuk mencari lebih banyak aplikasi, pilih Lihat semua

  4. Pilih Lanjutan, dan hidupkan notifikasi bagi aplikasi Luno.

Tip

Jika Dihantar terkini tidak dipaparkan, kemungkinan anda menggunakan versi Android yang lama. Pilih Notifikasi apl dan kemudian aplikasi Luno untuk menghidupkan notifikasi.

 Peranti Apple

  1. Tekan aplikasi Seting

  2. Pilih Pemberitahuan

  3. Skrol kebawah, cari dan pilih aplikasi Luno

  4. Pada bahagian atas skrin, tukar Benarkan Pemberitahuan ke ON

  5. Pilih bagaimana anda ingin menerima notifikasi push

  6. Dan pilih stail penggera bagaimana anda ingin menerima notifikasi push apabila peranti anda dinyahkunci

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda