Apa itu pengesahan dua faktor dan bagaimana untuk menetapkannya?

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Pengesahan dua faktor (2FA) menambah lapisan perlindungan keselamatan tambahan kepada akaun Luno anda. Hanya anda boleh mengakses log masuk.

Bayangkan akaun Luno anda ialah peti besi besar yang memerlukan kunci fizikal dan nombor PIN yang dimasukkan melalui pad kekunci untuk membukanya. Kata laluan anda ialah PIN, dan pengesahan dua faktor ialah kunci. Walaupun seseorang dapat mengetahui PIN anda, mereka tidak akan dapat membuka peti besi tanpa kunci.

Nota

Apabila anda mengaktifkan fungsi pengesahan dua-faktor, pastikan anda; menggunakan peranti yang sama untuk melengkapkan keseluruhan tindakan, atau jika menggunakan beberapa peranti, pastikan semua peranti disambung dengan router yang sama serta tutup fungsi VPN jika perlu.

Bagaimana 2FA berfungsi

  • Anda perlu akses ke telefon pintar anda apabila anda log masuk ke Luno

  • Anda akan memasukkan kod verifikasi dan kata laluan setiap kali anda log masuk

Tetapkan 2FA

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi pengesahan

Sebelum anda boleh menetapkan fungsi 2FA pada akaun Luno anda, anda perlu memuat turun dan pasang aplikasi pengesahan pada telefon pintar anda. Kami mencadangkan penggunaan Google Authenticator or Authy, tetapi terdapat beberapa aplikasi lain yang anda boleh turut gunakan:

2FA app icons for Authy and Google Authenticator

Tip

Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan menggunakan pembekal yang berbeza untuk e-mel anda dan apl 2FA anda. Jika akaun e-mel anda pernah terjejas, mengekalkan 2FA anda dengan pembekal yang berasingan membantu menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun Luno anda.

Langkag 2: Tetapkan fungsi 2FA pada Luno

Pada aplikasi mudah alih

  1. Apabila anda selesai memasang aplikasi pengesahan, buka aplikasi Luno dan log masuk

  2. Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil

  3. Pilih Sekuriti, dan kemudian Pengesahan dua faktor

  4. Pada skrin seterusnya, pilih Mulakan

  5. Salin Kunci tetapan 2FA yang dipaparkan pada skrin dengan menekannya.

  6. Pegi ke aplikasi pengesahan, tambahkan Luno di situ. Tekan ikon tambah +, pilih Manual Entry (Google Authenticator) atau Enter Key Manually (Authy), dan kemudian tampal kunci tadi pada skrin seterusnya (Google Authenticator), atau tambahkan secara manual (Authy)

  7. Kod unik 6 digit akan dipaparkan. Tekan pada kod untuk salin

  8. Kembali ke aplikasi Luno, dan anda akan dapati kod tersebut telah dimasukkan secara automatik dan fungsi 2FA telah dihidupkan

Pada aplikasi web

  1. Memandangkan anda telah memasang apl pengesah anda, buka apl Luno dan log masuk, navigasi ke halaman tetapan pengesahan dua faktor

  2. Pilih TETAPKAN 2FA

  3. Pada skrin Tetapkan aplikasi 2FA, satu Kod QR akan dipaparkan dan juga Kunci Tetapan.

  4. Bergantung pada pilihan anda, pilih salah satu:

    • Imbas Kod QR yang dipaparkan pada aplikasi laman web. Pada aplikasi pengesahan anda, pilih ikon tambah +, pilih Scan Barcode (Google Authenticator) atau Scan QR Code (Authy) untuk mengimbas Kod OR unik anda, atau…
    • Salin kunci Setup pada skrin Luno Setkan aplikasi 2FA anda, dan pada aplikasi pengesahan anda, pilih ikon tambah +, pilih Manual entry (Google Authenticator) atau Enter key manually (Authy) dan kemudian tampal kunci pada skrin seterusnya
  5. Apabila selesai, kod unik 6 angka untuk Luno akan dipaparkan.

  6. Pada aplikasi web Luno, masukkan kod 6 digit tersebut untuk menyelesaikan tetapan 2FA anda.

Berjaya! Anda baru sahaja mendayakan 2FA pada akaun Luno anda.

Baik pulih fungsi 2FA

Apabila anda telah menghidupkan fungsi 2FA, dan dalam situasi jika anda mengalami masalah, ketahui apa yang perlu dilakukan jika anda tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan anda, atau apa yang anda perlu lakukan jika kod pengesahan 6 digit anda tidak berfungsi.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?