Membaikpulih peranti dipercayai

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Jika anda telah setkan peranti dipercayai dan ia tidak menerima notifikasi push, langkah-langkah di bawah mungkin membantu.

Sila nyahsambung 'Virtual Private Network' (VPN) anda

Pastikan anda tidak disambung ke VPN apabila menambah peranti dipercayai. Semua peranti perlu menggunakan alamat IP yang sama. Apabila arahan dipaparkan, pastikan anda mengesahkan tindakan tersebut pada peranti yang ingin digunakan sebagai peranti dipercayai.

Saya tidak menerima notifikasi push dengan OTP log masuk 6-digit saya

Semak tetapan notifikasi push anda

Jika anda tidak menerima notifikasi push dengan OTP log masuk 6-digit anda, terdapat kemungkinan notifikasi push tersebut tidak dihidupkan pada aplikasi Luno di peranti mudah alih anda.

Tip

Ketahui cara mendayakan pemberitahuan tolak pada peranti mudah alih anda. Apabila anda telah menghidupkan notifikasi push, cuba log masuk sekali lagi.

Hantar semula OTP log masuk melalui emel

Jika notifikasi push telah dihidupkan tetapi anda masih tidak menerima OTP log masuk 6-digit melalui notifikasi push, anda boleh menghantar semula OTP melalui emel. Untuk melakukannya, log masuk menggunakan emel dan kata laluan. Apabila diminta untuk semak notifikasi push anda:

  1. Pilih Tidak menerima notifikasi push

  2. Tekan Hantar semula melalui emel

OTP log masuk 6-digit akan dihantar ke emel utama yang dihubungkan kepada akaun Luno anda.

Padam dan tambah peranti dipercayai baru

Jika anda tidak lagi mempunyai akses ke peranti dipercayai, anda boleh memadamnya dan tambah peranti baru.

  1. Pastikan anda log masuk menggunakan aplikasi Luno pada peranti baru yang ingin dipercayai

  2. Log masuk ke akaun Luno anda dengan menghantar semula OTP log masuk 6-digit ke emel seperti yang dinyatakan di atas

  3. Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil

  4. Pilih Sekuriti
  5. Pergi ke Peranti

  6. Pilih peranti yang ingin dipadam dan tekan PADAM

Nota

Luno tidak akan sesekali meminta anda untuk mempercayai peranti untuk kami. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, hanya percayakan peranti milik anda sendiri dan jangan sesekali bersetuju terhadap permintaan individu lain.

Saya tidak menerima notifikasi push dengan permintaan pengesahan saya

Semak tetapan push anda

Jika anda tidak menerima notifikasi push dengan permintaan pengesahan anda, semak dahulu sama ada notifikasi push telah dihidupkan pada peranti anda untuk aplikasi Luno.

Tip

Tidak pasti cara menyemak sama ada pemberitahuan tolak didayakan? Tiada masalah. Ketahui cara mendayakan pemberitahuan tolak pada peranti mudah alih anda.

Apabila anda telah menghidupkan notifikasi push, cuba lakukan tindakan tadi sekali lagi.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?