Apa itu pengesahan dan bagaimana ia berfungsi?

Sebagai pendekatan keselamatan tambahan, anda perlu mengesahkan tindakan pada akaun Luno anda yang dianggap sebagai berisiko tinggi.

Tindakan ini termasuklah:

Bagaimana ia berfungsi

Apabila anda melakukan salah satu tindakan di atas, kami akan menghantar pautan pengesahan melalui SMS, Emel atau notifikasi push (jika anda mempunyai peranti dipercayai). Pautan tersebut akan membawa anda ke skrin pengesahan dengan ringkasan tindakan yang anda perlu sahkan.

  • Jika butiran tindakan tepat, pilih Sahkan untuk selesaikan tindakan

  • Jika butiran tindakan tidak tepat atau anda tidak memulakan tindakan tersebut, pilih Nafi untuk batalkan.

Tip

Jika anda tidak mengetahui mana-mana aktiviti pada akaun anda, kunci akaun anda dan laporkan secepatnya.


Soalan Lazim

Apabila anda melakukan sesuatu tindakan pada akaun anda, satu skrin akan dipaparkan untuk anda menyemak SMS, Emel atau notifikasi push untuk mengesahkan tindakan tersebut.

Anda akan menerimanya dalam bentuk SMS, Emel atau notifikasi push

Jika anda mempunyai aplikasi Luno dipasang pada peranti anda dan anda telah menjadikannya peranti yang dipercayai, anda akan mendapat pautan pengesahan melalui notifikasi push. Bagi kes lain, anda akan menerima pautan pengesahan melalui SMS atau Emel.

  1. Log masuk ke akaun anda

  2. Jadikan peranti anda dipercayai

If you don’t receive the authorisation link, your next actions will depend on the current screen. Jika anda tidak menerima pautan pengesahan, tindakan anda seterusnya bergantung pada skrin semasa (current screen).

  • Semak SMS anda

    Anda mempunyai pilihan untuk Hubungi saya, dimana anda boleh mengesahkan transaksi melalui panggilan telefon.

  • Semak Emel anda

    Anda mempunyai pilihan untuk Hubungi saya, dimana anda boleh mengesahkan transaksi melalui panggilan telefon.

  • Semak notifikasi push anda

    Anda mempunyai pilihan untuk Hantar Semula melalui SMS. Sila tunggu sebentar sebelum menghantar semula pautan melalui SMS.

  • Profil

    Daripada skrin profil, anda akan lihat notifikasi Pengesahan diperlukan dimana anda boleh batalkan tindakan atau pilih Hubungi saya

Tip

Untuk lebih kemudahan dan kebolehpercayaan, pasang aplikasi mudah alih dan jadikan ia peranti yang dipercayai untuk mengesahkan transaksi melalui notifikasi push berbanding SMS atau emel.

  • Pelayar web

    Apabila anda log masuk ke Luno melalui pelayar web baru, pelayar web dianggap sebagai peranti baru. Anda perlu mengesahkan dahulu transaksi pertama yang dibuat pada pelayar baru tersebut.

  • Aplikasi mudah alih

    Apabila anda log masuk ke Luno melalui aplikasi mudah alih, aplikasi ini dianggap sebagai peranti baru. Anda perlu mengesahkan dahulu transaksi pertama yang dibuat pada aplikasi mudah alih baru tersebut.

  • Daftar mudah alih (mobile sign-in)

    Setiap kali anda melog keluar daripada aplikasi mudah alih dan kembali log masuk, aplikasi mudah alih dianggap sebagai peranti baru walaupun anda menggunakan telefon pintar yang sama.

Tidak kerana ia merupakan fungsi keselamatan, oleh itu ia tidak boleh dimatikan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda