Apabila anda mempunyai matawang kripto pada dompet Luno anda, anda boleh menghantarnya dengan mudah ke individu lain.
Terdapat dua kaedah untuk menghantar matawang kripto dengan Luno:
-
Hantar ke alamat dompet
-
Mengimbas kod QR
Tip
Tidak pasti bagaimana untuk membeli kripto untuk dompet anda? Ketahui cara membeli mata wang kripto dengan Luno.
Penting: Sebelum anda hantar
Untuk keselamatan, secara lalai, fungsi untuk menghantar matawang kripto dimatikan. Penghantaran kripto tidak boleh dipulangkan dan anda tidak akan dapat wang anda semula jika anda hantar ke penipu atau alamat yang salah.
Anda boleh hidupkan fungsi hantar dengan dua cara:
-
Dengan memilih HANTAR kemana-mana pada aplikasi
-
Pergi ke Profil, cari Sekuriti hidupkan fungsi hantar daripada Hantar matawang kripto
Nota
Apabila anda mengesahkan fungsi hantar kripto, terdapat tempoh menunggu untuk ia diaktifkan. Ini adalah langkah keselamatan tambahan yang memberikan anda masa untuk membatalkan tindakan anda dan melindungi wang anda daripada aktiviti mencurigakan. Tempoh pengaktifan boleh mengambil masa sehingga 24 jam. Tetapi di beberapa negara yang disokong, pengaktifan boleh mengambil masa sehingga 30 hari. Tarikh fungsi hantar akan diaktifkan dipaparkan pada anda di aplikasi, dan anda juga akan menerima notifikasi emel sebaik sahaja fungsi ini diaktifkan.
Bagaimana untuk menghantar ke alamat dompet
Apabila pilihan hantar kripto telah diaktifkan, anda boleh menghantar dengan mudah ke alamat dompet dengan mengikuti langkah di bawah:
-
Log masuk ke apl Luno
-
Pilih Dompet
-
Pilih HANTAR
-
Semak maklumat, terima T&S dan pilih HIDUPKAN HANTAR
-
Pilih matawang kripto yang ingin dihantar
-
Masukkan alamat dompet penerima dan pilih SETERUSNYA
-
Jika Travel Rule terpakai di negara anda, anda akan diminta untuk melengkapkan beberapa soalan
-
Masukkan amaun yang ingin dihantar dan pilih SETERUSNYA
-
Semak amaun dan caj. Jika anda berpuas hati, tekan SAHKAN
Misi berjaya! Anda telah menghantar matawang kripto.
Hantar menggunakan imbasan kod QR
Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk membayar menggunakan dompet Luno anda, tanpa perlu memasukan alamat dompet penerima. Kaedah ini lebih ideal digunakan untuk membuat hantaran daripada peranti mudah alih menggunakan aplikasi Luno.
-
Log masuk ke akaun Luno anda
-
Pilih Dompet daripada Menu
-
Dari menu di bahagian atas, pilih HANTAR (atau pilih LAGI dan pilih Hantar)
-
Pilih ikon kod QR pada atas kiri
-
Imbas kod QR penerima
-
Masukkan amaun yang ingin dihantar
-
Semak butiran transaksi dan sahkan jika anda berpuas hati
Misi berjaya! Anda telah menghantar matawang kripto.
Perkara penting untuk diingat
-
Transaksi mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dipaparkan pada dompet penerima
-
Transaksi penghantaran Bitcoin ke individu dengan dompet Luno menggunakan emel atau nombor telefon mereka adalah segera dan percuma (jika mereka tidak mempunyai akaun Luno, mereka akan diminta untuk cipta satu)
-
Atas sebab sekuriti, amaun yang melebihi 10 BTC atau 20 ETH tidak akan dihantar segera. Untuk menyemak tempoh pindahan akan diselesaikan, sila lihat jadual penghantaran manual
-
Transaksi matawang kripto adalah sama dengan transaksi tunai dan tidak boleh dipulangkan kecuali penerima bersetuju untuk pulangkan. Transaksi ini tidak sama seperti pembayaran kad kredit yang boleh dipertikaikan dan diterbalikkan.
-
Hanya hantar ke individu yang dipercayai dan berhati-hati dengan penipuan
Adakah penghantaran kripto dikenakan caj?
Terdapat caj dinamik apabila anda menghantar matawang kripto, dan ia berdasarkan aktiviti rangkaian blok pada masa itu. Kami akan paparkan ia sebelum anda sahkan penghantaran transaksi.
Tip
Baca lagi mengenai caj penghantaran dinamik Luno. Anda juga boleh mengetahui lagi mengenai had transaksi dan caj Luno.