Bagaimana untuk mengelakkan penipuan dan alamat “berisiko tinggi”?

Warning icon

Ujian Pantas Penipuan

  • Seseorang telah menghubungi anda di media sosial dan menawarkan pulangan besar dalam tempoh yang singkat melalui dagangan forex, pilihan binari atay matawang

  • Trader/Broker anda meminta anda untuk membayar “kos pindahan”, cukai atau yuran lain untuk mengakses “keuntungan” anda

  • Anda digalakkan untuk merekrut ramai orang untuk menyertai program pelaburan, kerana anda akan mendapat bayaran daripada pelaburan mereka. Ini ialah skim piramid, yang memerlukan anda mencari peserta baru untuk menjana pulangan pelaburan

  • Anda berjumpa ‘jodoh’ di atas talian, dan mereka meminta anda untuk menghantar sejumlah wang.

  • Seseorang yang popular akan memberi matawang kripto secara percuma jika saya menghantar kepadanya dahulu dengan amaun yang kecil

Jika anda mengalami mana-mana perkara di atas, anda mungkin sedang ditipu. Wang anda sedang berisiko dan kami menasihati anda supaya tidak teruskan menghantar wang.

Nota

Luno tidak akan meminta anda untuk menghantar wang ke alamat dompet untuk melabur. Anda dengan mudah boleh membeli dan menjual pada platform kami tanpa perlu menghantar matawang kripto anda ke tempat lain.

Apa kami tidak akan lakukan

  • Kami tidak akan memberi nasihat kewangan atau perdagangan dan kami tidak akan menguruskan akaun anda. Jika terdapat individu yang mengatakan beliau adalah wakil Luno (atau bekerjasama dengan Luno) untuk melakukan perkhidmatan di atas, individu tersebut sedang cuba untuk menipu anda

  • Kami tidak akan sesekali meminta kata kunci, kod 2FA atau PIN Sekali-Guna anda. Jangan berkongsi kod ini dengan sesiapa pun – walaupun individu tersebut mengatakan beliau bekerja di Luno

  • Kami tidak akan meminta pelanggan untuk berkongsi skrin dalam memberikan bantuan

  • Jangan berikan kepada sesiapa akses ke akaun anda - bukan sahaja ia melanggar Terma Penggunaan, tetapi mereka berkemungkinan untuk menipu atau menggunakan akaun anda untuk melakukan jenayah penipuan atas nama anda

  • Kami tidak mempunyai nombor telefon untuk dihubungi (berhati-hati dengan panggilan bantuan teknikal / khidmat pelanggan palsu)

  • Tiada kos yang dikenakan untuk mengeluarkan wang dariapda Luno atau untuk menguruskan akaun anda kecuali caj pemprosessan rendah yang dikenakan secara automatik

  • Berbeza dengan transaksi kredit kad, kami tidak boleh memulangkan transaksi matawang kripto, kerana ia telah direka untuk tidak menyokong perkara tersebut. Dengan kata lain, anda tidak boleh mendapat wang anda kembali

Apa anda boleh buat untuk kekal selamat

  • Lebih berhati-hati dan sahkan individu atau organisasi yang anda berurusan, dengan membuat kajian mendalam serta menanyakan mereka tentang soalan yang spesifik mengenai perniagaan mereka

  • Penipu amatlah mahir dalam memujuk dan mengambil kesempatan terhadap individu yang masih belajar tentang matawang kripto. Jangan takut untuk keluar daripada perbualan dan meninggalkan mereka

  • Jangan ambil pinjaman dan meminjam wang untuk membeli matawang kripto dan menghantarnya ke seseorang lain

  • Elakkan broker, pengurus akaun, pedagang, penaja, agen dan mana-mana individu yang menawarkan untuk mendagangkan matawang kripto untuk anda

  • Luno terbuka untuk semua orang, dan mudah digunakan. Labur terus menggunakan akaun anda dan jangan kongsi maklumat anda dengan orang lain

Tip

Jika anda perlukan bantuan untuk mengenalpasti kemungkinan penipuan, ini caranya kekal selamat daripada penipuan berkaitan dengan kripto.

Apa itu alamat “berisiko tinggi”?

Kami di Luno mahukan pembelian, penyimpanan dan penghantaran matawang kripto menjadi mudah dan selamat. Oleh sebab itu, kami menggunakan perisian daripada penyedia perkhidmatan pengawasan rantaian blok bertaraf industri untuk mengenalpasti alamat dompet kripto yang telah atau sedang dikaitkan dengan aktiviti haram. Alamat-alamat ini dikelaskan sebagai “berisiko tinggi.”

Berikut merupakan beberapa contoh kategori berisiko:

  • Pembiayaan pengganas

  • Penyekatan

  • Bahan-bahan penderaan kanak-kanak

  • Ransomware, dan lain-lain.

Senarai di atas bukanlah senarai yang lengkap. Mungkin terdapat sebab-sebab lain lagi Luno akan menanda sesuatu alamat sebagai “berisiko tinggi.”

Selari dengan komitmen kami untuk menjadikan platform kami selamat kepada pelanggan kami, kami tidak memproses transaksi daripada dompet Luno atau alamat dompet yang dianggap sebagai “berisiko tinggi.”

Jika anda menerima notifikasi mengenai alamat yang ingin dihantar ialah alamat “berisiko tinggi,” anda tidak boleh menghantar wang daripada Luno ke alamat ini.

Nota

Kami mencadangkan anda supaya mengetahui siapa yang anda sedang berurusan dan sila nilai semula tindakan anda untuk menghantar kripto ke alamat ini. Lawati halaman keselamatan kami untuk mendapatkan lebih banyak artikel tentang cara memastikan wang anda selamat daripada penipuan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda