Beroperasi di dunia digital sepenuhnya datang dengan pelbagai kelebihan, namun ini bermaksud kami perlu lebih peka dengan siapa dan apa yang kami percayai.
Di Luno, memastikan keselamatan pelanggan dan wang mereka adalah fokus utama kami. Kami melibatkan keselamatan bagi setiap aspek perkhidmatan kami – daripada cara aplikasi dibina sehinggalah ke komunikasi terhadap pelanggan.
Transaksi kewangan digital tidak boleh dipulangkan, menjadikan ia target popular bagi penipu dan phisher. Jika anda menerima sebarang komunikasi yang mencurigakan, sila laporkan kepada kami di phishing@luno.com.
Luno tidak mempunyai menawarkan sebarang sokongan pelanggan melalui WhatsApp dan tidak akan menghubungi anda melalui WhatsApp. Jika ada individu yang mengaku sebagai kakitangan Luno dan menawarkan pelaburan kripto melalui WhatsApp, terus apor dan blok individu tersebut.
-
Penipu akan cuba untuk memperdayakan mangsa melalui WhatsApp dengan mengumpan mereka dengan pelaburan matawang kripto yang lumayan.
-
Mereka biasanya menghantar pautan luar yang dipendekkan seperti https://bit.ly untuk menarik anda supaya memberikan butiran peribadi dan perbankan.
-
Sesetengah penipu akan cuba untuk berkawan dengan anda terlebih dahulu melalui WhatsApp sebelum cuba untuk menggalakkan anda memohon pinjaman peribadi dengan janji pulangan tinggi.
-
Kumpulan penipu biasa menunjukkan diri mereka sebagai “pedagang kripto” dan menawarkan bimbingan untuk menggunakan akaun Luno. Dari situ, mereka akan memperolehi maklumat sensitif, ambil alih akaun anda dan hantar semua aset kripto anda ke akaun mereka.
-
Elak daripada berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali di WhatsApp atau menekan pautan yang dihantar kepada anda, atau membenarkan “Wakil Luno” untuk menguruskan akaun anda bagi pihak anda.
-
Penipu yang berjaya mengambil alih akaun anda mungkin akan di log keluar dan meminta anda untuk menghantar gambar swafoto bersama kad pengenalan dan nota untuk membuka semula akaun tersebut. Jangan sesekali menghantar dokumen pengenalan diri melalui WhatsApp, kerana ini akan membantu mereka melakukan penipuan dengan menyamar menjadi anda.
-
Penipu biasanya akan cuba menghantar direct message pada Instagram dan akan mula bersembang mengenai pelaburan atau ‘menambah pendapatan’.
-
Tindakan paling bijak ialah mengelakkan sebarang interaksi dengan individu yang tidak dikenali di platform media sosial.
-
Luno tidak akan menghubungi anda melalui Instagram
Penipu di Facebook biasanya beroperasi dengan beberapa cara. Maklumat dibawah mungkin sedikit berbeza, tetapi ambil maklum terhadap cara mereka bekerja dan cara mengelakkannya:
-
Penipu akan cuba menjawab/membalas komen pada profil Facebook Luno – mereka akan cuba memulakan perbualan baru pada platform lain seperti Telegram atau WhatsApp.
-
Mereka sering menjanjikan keuntungan tinggi atau ganjaran jika anda menghantar mereka wang untuk dilaburkan bagi pihak anda - kami sangat menasihati anda untuk tidak menghantar sebarang wang kepada sesiapa pun untuk melabur bagi pihak anda.
-
Paling asas ialah elak berinteraksi dengan individu yang tidak dikenali pada platform sosial media, termasuklah Facebook. Tiada cara untuk mengesahkan identiti mereka melalui platform ini.
Telegram ialah satu aplikasi hebat dan popular dalam komuniti kripto. Ia merupakan cara yang mudah untuk peminat kripto dan syarikat-syarikat daripada industri untuk berbincang tentang berita, berkongsi tren dan maklumat terkini dengan ahli komuniti lain. Namun begitu, Telegram juga menjadi lubuk bagi penipu menyamar sebagai individu atau organisasi untuk mendapatkan akses kepada wang atau akaun.
Pastikan anda berinteraksi dengan Telegram Luno yang sebenar
Walaupun anda merupakan seorang ahli kepada siaran rasmi Telegram Luno Afrika Selatan, ada kemungkinan terdapat individu lain di dalam siaran tersebut sedang mencari mangsa untuk diperdayakan. Tidak ada mana-mana individu daripada Luno akan menghubungi anda melalui Telegram Luno Afrika Selatan. Kami juga menyedari terdapat tren baharu dimana penipu akan berhubung dengan pelanggan Luno melalui platform lain seperti Facebook dan memujuk untuk bersembang di Telegram.
Jika anda menerima mesej daripada ‘kakitangan’ Luno, kami menasihati anda supaya berhenti daripada berhubung dengan mereka dan beritahu kami tentang insiden tersebut dengan mengemukakan tangkap layar dan hantar ke phishing@luno.com.
Nota
Kami masih belum disahkan di Telegram. Kami masih berusaha untuk mendapatkan lencana pengesahan supaya anda mudah untuk mengenali siaran Telegram Luno yang sah.
-
Penipu menggunakan platform rangkaian perniagaan yang mempunyai reputasi seperti LinkedIn untuk memperdayakan individu yang terdesak untuk mencari kerja.
-
Mereka biasanya menyamar sebagai Pedagang Luno, Pedagang Bitcoin, pegawai dagagan, broker saham, pedagang kripto, pengurus portfolio, pengurus akaun, perekrut kripto atau mereka menyamar sebagai kakitangan Luno. Mereka biasanya akan menghubungi pencari kerja melalui InMail dengan peluang menjana pendapatan.
-
Beberapa penipu akan memperdayakan anda dengan peluang pelaburan kripto dan menawarkan pulangan bagi pelaburan anda. Mereka kemudian akan menyakinkan anda untuk mengajak rakan dan keluarga untuk turut serta. Sayangnya, kesemua individu yang mendaftar akan kehilangan wang mereka. Secara tipikal, ini adalah cara skim piramid dan skim ponzi berfungsi.
-
Ada juga penipu yang menawarkan pekerjaan palsu, di mana anda diminta untuk mencipta akaun Luno atau menghantar kepada mereka wang untuk mendaftar Luno, ataupun kedua-duanya.
Bagaimana untuk mengenali penipu di LinkedIn
-
Gambar Profil: Akaun palsu akan menggunakan stock images percuma atau mencuri gambar sesiapa sahaja di internet. Kaedah terbaik untuk menyemak kesahihan imej tersebut, lawati images.google.com, tekan pada ikon kamera (cari dengan imej), tekan muat naik imej, pilih fail imej dan cari. Hasil carian akan memaparkan individu sebenar imej tersebut atau imej palsu daripada laman web stock image.
-
Nama dan pangkat: Akaun palsu biasanya akan menyamar sebagai selebriti, individu berniaga, influencers atau kakitangan Luno sebenar dan selalu menggunakan pangkat yang tidak jelas. Pastikan anda cuba untuk mencari nama tersebut pada Google untuk mengesahkan kesahihan individu tersebut.
-
Profil tidak lengkap: Akaun palsu biasanya tidak mempunyai ringkasan atau mempunyai maklumat yang sangat sedikit mengenai pengalaman individu tersebut bekerja di syarikat yang ternama, kelayakan pendidikan atau rekomendasi daripada bekas rakan sekerja, pengurus atau kenalan.
-
Connection yang sedikit: Akaun palsu biasanya mempunyai kurang 150 connection pada LinkedIn dan biasanya tidak mempunyai sebarang mutual connection. Ini menunjukkan profil tersebut dicipta hanya untuk memperdayakan pengguna platform.
-
Tiada interaksi: Akaun palsu biasanya tidak berinteraksi dengan connection di LinkedIn - tiada komen, kongsi atau suka sesuatu konten. Jika terdapatnya sebarang interaksi, ia biasanya mengandungi kesilapan ejaan atau tatabahasa yang teruk. Objektif utama penipu adalah untuk mencari individu #OpenToWork untuk mempermainkan keadaan emosi mereka.
-
Permintaan Connection: Akaun palsu biasanya akan menghantar permintaan connection dengan penawaran kerja dalam bidang matawang kripto atau peluang perdagangan yang akan menyelesaikan semua masalah kewangan. Apabila anda menerima permintaan tersebut dan berinteraksi dengan penipu yang menyamar sebagai perekrut, mereka akan mula meminta maklumat peribadi, penyata bank, bukti pengenalan diri dan maklumat sensitif lain sebagai ‘syarat untuk permohonan kerja’.
-
Penipu love scam menggunakan aplikasi dating (Tinder, Hinge, Bumble dan lain-lain) untuk memperdayakan individu yang terdesak dan sunyi. Mangsa akan diminta untuk menghantar wang untuk membeli Bitcoin.
-
Selepas melepasi tempoh ‘berkenalan’, penipu mungkin akan mendedahkan yang dia adalah ‘pedagang kripto’ yang kaya-raya dan akan meyakinkan anda untuk melabur bagi pihak anda dengan memujuk mangsa menghantar wang.
-
Elak menerima sebarang tawaran yang membantu anda membeli matawang kripto pertama.
-
Pusat Bantuan Luno memberikan sokongan kepada pelanggan dengan memberikan panduan lengkap untuk membeli matawang kritpo.
Tip
Baca lagi mengenai love scam kripto dengan lebih lanjut.
Nota
Jika anda merasakan anda telah diperdaya, ambil langkah penting di bawah untuk mengelakkan insiden tersebut berulang.
Cari pautan ke media sosial Luno rasmi di bawah untuk memastikan anda tidak mengikuti akaun palsu.
Platform media sosial rasmi
Peringatan mesra
-
Kami tidak memberi sebarang nasihat kewangan atau pelaburan. Sesiapa yang melakukan sedemikan dan mengaku menjadi sebahagian daripada Luno (atau bekerjasama dengan Luno) berkemungkinan besar sedang menipu anda.
-
Kami tidak akan meminta kata laluan, kod 2FA atau PIN Sekali Guna. anda Jangan kongsikan pada sesiapa – walaupun mereka mengaku sebagai kakitangan Luno.
-
Kami tidak akan meminta anda untuk mengambil sebarang tindakan pada akaun Luno melalui SMS. Jangan klik pautan yang diterima melalui SMS (kecuali mesej tentang pengesahan akaun anda yang mengandungi OTP).
-
Luno tidak menyediakan nombor telefon untuk dihubungi (atau sembang WhatsApp dan Telegram). Jika ada individu yang memberi anda nombor untuk dihubungi atau sembang, ia bukan daripada Luno.
-
Penipu gemar meletakkan tekanan kepada mangsa untuk mengambil tindakan atau berkongsi maklumat dengan mereka – kami tidak akan melakukannya. Jika anda merasa curiga, sila hentikan semua komunikasi dan terus hubungi kami berkenaan situasi anda.
-
Kami mengenakan caj yang sangat rendah, untuk pengeluaran wang. Tiada kos lain yang dikenakan untuk mengeluarkan wang anda daripada Luno.
-
Luno tidak boleh menterbalikkan transaksi matawang kripto kerana ia direka khas untuk bersifat tidak boleh diterbalikkan, tidak seperti transaksi bank.
Tip
Ingat: Jika ia kedengaran terlalu menarik, ia mungkin satu penipuan. Lawati halaman keselamatan kami untuk mendapatkan lebih banyak artikel tentang cara memastikan wang anda selamat daripada penipuan.