Jika anda percaya anda telah ditipu, terdapat beberapa langkah penting untuk mengelak daripada berlaku lagi:
-
Jika anda mengesyaki terdapat individu lain mempunyai akses ke akaun anda, kunci dan tingkatkan keselamatan ia secepat mungkin.
-
Beritahu kami apa yang berlaku. Berikan sebarang maklumat berkenaan penipu yang anda rasa berguna, termasuklah:
-
Penerangan tentang situasi
-
Sebarang tangkap layar perbualan di antara anda dan penipu
-
Alamat matawang kripto yang dihantar
-
Nombor rujukan BX yang digunakan jika anda mendeposit wang ke akaun Luno bukan milik anda
-
-
Juga penting bagi anda untuk melaporkan insiden berkenaan ke polis tempatan supaya mereka boleh menyiasat perkara ini lebih lanjut. Jika polis memerlukan lebih maklumat daripada Luno, anda boleh meminta mereka untuk terus berhubung dengan kami di support@luno.com, supaya kami boleh membantu penyiasatan.
Walaupun mustahil untuk memulangkan semula transaksi kripto ini, melaporkan kes sebegini akan membantu menghalang penjenayah daripada menipu lebih ramai individu di masa depan.
Kami memahami keadaan anda pada masa ini. Anda boleh semak artikel lain mengenai bagaimana penipuan ini dijalankan, atau hubungi kami jika anda mempunyai soalan lain.