Bagaimana untuk mengunci akaun Luno saya?

illustration of a hand holding a phone with a lock on its screen

Jika anda mengesyaki ada individu telah mengakses akaun Luno anda secara tidak sah (sama ada anda telah digodam atau menjadi mangsa penipuan), anda boleh menggantung seketika akaun anda dengan menguncinya.

Untuk mengunci akaun Luno anda, gunakan pautan pada bahagian bawah mana-mana emel notifikasi yang dihantar daripada kami (buat semakan berganda terhadap emel tersebut untuk pastikan ia bukan cubaan phishing). Pilih pautan Kunci Akaun untuk kunci akaun anda untuk sementara.

Nota

Akaun anda akan dikunci selama 7 hari. Apabila tempoh ini tamat, fungsi penuh akaun anda akan dikembalikan secara automatik.

Apabila akaun anda dikunci, fungsi (termasuk untuk anda) di laman web Luno dan aplikasi mudah alih Luno, dan melalui API Luno berikut akan dimatikan:

  • Beli dan jual matawang kripto

  • Hantar matawang kripto

  • Deposit dan pengeluaran matawang tempatan

  • Berdagang pada Luno Exchange

Bagaimana untuk lindungi akaun anda selepas dikunci

Jika anda telah mengunci akaun anda, anda perlu lindunginya!

Cara-cara

  1. Pastikan akaun emel dan media sosial anda tidak diceroboh

  2. Set semula kata laluan Luno anda di Pusat Sekuriti. Pilih kata laluan yang kuat dan unik

  3. Hidupkan pengesahan dua faktor (2FA) pada Pusat Sekuriti

Tip

You Anda boleh baca lagi mengenai sekuriti akaun.

Nyahkunci akaun Luno anda

Atas sebab keselamatan, akaun anda akan kekal dikunci selama 7 hari selepas anda menguncinya. Dalam tempoh ini, kami tidak dapat menyahkunci akaun anda bagi pihak anda. Sila tunggu sehingga 7 hari dan fungsi penuh akaun akan dikembalikan kepada anda secara automatik.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda