Bagaimana untuk mengambil swafoto yang elok beserta ID dan nota?

Kadang-kala apabila anda menghubungi kami, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa maklumat untuk memastikan kesahihan identiti anda.

Kami mengambil serius terhadap keselamatan. Oleh itu, jika kami mengesyaki akaun Luno anda diceroboh, atau anda ingin menetapkan fungsi 2FA (pengesahan dua-faktor), serta jika anda ingin menukar maklumat peribadi (seperti nombor telefon) – kami akan meminta anda untuk menghantar swafoto bersama kad pengenalan dan nota.

Tip

Tidak pasti apa itu swafoto (selfie)? Swafoto ialah gambar yang diambil sendiri (imej diri sendiri), biasanya diambil dengan kamera digital atau telefon pintar yang dipegang dengan tangan atau kayu selfie. Untuk tujuan panduan, anda juga boleh meminta orang lain untuk mengambil gambar swafoto anda memegang ID beserta nota.

Kami faham bahawa masa pelanggan kami adalah masa yang amat berharga, oleh itu kami berharap kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda dengan selancar boleh. Untuk membantu anda, berikut adalah garispanduan penting mengenai swafoto (selfie) yang elok beserta ID dan nota (yang diterima) perlu kelihatan, dan apakah swafoto yang tidak elok beserta ID dan nota (yang tidak diterima).

Swafoto yang elok berserta ID dan nota

Swafoto yang elok beserta ID dan nota ialah gambar yang jelas dan beresolusi tinggi - yang menunjukkan anda memegang kedua-dua item di bawah dalam gambar yang sama:

  1. Dokumen identiti anda

  2. Nota bertulisan tangan (nota dicetak tidak akan diterima) yang mengandungi tarikh semasa dan “Untuk set semula 2FA Luno sahaja

Nota

Nota anda perlu dinyatakan dengan spesifik, oleh itu, sebagai panduan:

  • Jika anda ingin set semula 2FA anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila set semula 2FA saya”

  • Jika anda ingin kami mengemaskini kata laluan anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini kata laluan saya”

  • Jika anda ingin kami mengemaskini emel atau nombor telefon anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa, dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini nombor telefon saya ke [masukkan nombor telefon baru anda]” atau “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini emel saya ke [masukkan emel baru anda]”

A clear selfie and ID with a handwritten note inluding the date, for Luno use only, and the action required

Untuk memastikan kami boleh menerima swafoto anda beserta ID pada hantaran pertama:

  • ✓ Wajah anda perlu kelihatan jelas

  • ✓ Maklumat pada dokumen identiti anda dan nota bertulisan tangan perlu sah

  • ✘ Imej bukanlah imej bercermin (mirrored image) - kami tidak menerimanya. Imej bercermin ialah swafoto yang diambil di hadapan cermin, atau imej yang diterbalikkan secara digital.

Swafoto yang tidak elok beserta ID dan nota

Jika wajah anda, dan ID, atau nota yang anda pegang ditutup; atau gambar kabur, dan jika anda memegang ID milik individu lain, kami tidak dapat menerima swafoto beserta ID tersebut.

A selfie of a person wearing sunglasses and covering their ID with the note

A photo that's too blurry to see the person's face, ID, or note

A photo of someone holding up an ID card belonging to someone else

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda