Membantu anda memastikan akaun anda selamat adalah amat penting bagi kami. Jika anda mengesyaki terdapat individu lain mengakses akaun Luno anda, kami telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diikuti untuk menyelamatkan akaun anda.
Jika anda tidak dapat log masuk ke akaun Luno anda
Tindakan mengunci akaun anda memastikan tiada individu boleh menghantar, beli, jual, deposit, membuat pengeluaran atau dagang daripada akaun Luno anda selama 7 hari. Kunci akaun anda sekarang!
Laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan melalui pautan “Laporkan secepatnya” pada salah satu emel bayaran yang diterima daripada kami (pastikan emel tersebut daripada kami dan bukan daripada cubaan phishing).
Tip
Cari emel daripada no-reply@luno.com dengan tajuk “Anda telah menghantar…”
Jika anda boleh log masuk ke akaun anda
Tindakan mengunci akaun anda memastikan tiada individu boleh menghantar, beli, jual, deposit, membuat pengeluaran atau dagang daripada akaun Luno anda selama 7 hari. Kunci akaun anda sekarang!
Untuk mulakan, log masuk ke akaun anda dan pergi ke Profil, dan kemudian Sekuriti. Pergi pada setiap pilihan untuk melindungi akaun anda:
-
Pilih Hantar matawang kripto, dan matikan fungsi tersebut dengan menekan MATIKAN HANTAR
-
Pilih Kata Laluan, dan tukar kata laluan anda kepada yang baru
-
Pilih Peranti, kemudian semak dan padam peranti yang tidak dikenali
-
Pilih Kunci API, semak dan padam sebarang kunci API yang tidak dikenali
Pergi ke Profil, kemudian pilih Tetapan untuk mencari maklumat komunikasi yang dihubungkan pada akaun Luno anda.
-
Pada Nombor telefon, pastikan nombor telefon anda betul. Jika tidak, tukar pada laman web dengan menekan tiga titik vertikal di bahagian kanan, kemudian tekan Tukar
-
Pilih Emel, kemudian semak dan padam maklumat yang anda tidak mengenali. Pastikan emel yang betul diset sebagai ‘utama’
-
Tukar kata laluan pada akaun emel anda
-
Pastikan tiada arahan untuk memajukan emel yang anda tidak kenali
-
Ketahui bagaimana untuk mematikan fungsi majukan emel pada Gmail
Pengesahan dua faktor, atau 2FA, ialah fungsi sekuriti penting yang memberikan akaun anda lebih perlindungan.
Ketahui bagaimana untuk setkan 2FA pada akaun anda.
Nota
Jangan sesekali berkongsi kod 2FA dengan sesiapa, walaupun individu tersebut mengaku daripada Luno. Kami tidak akan sesekali meminta kod 2FA and.
Laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan melalui pautan “Laporkan secepatnya” pada salah satu emel bayaran yang diterima daripada kami (pastikan emel tersebut daripada kami dan bukan daripada cubaan phishing).
Tip
Cari emel daripada no-reply@luno.com dengan tajuk “Anda telah menghantar…”
Anda boleh menyemak semua transaksi anda.