Bagaimana untuk mengemaskini kata laluan saya?

Mudah sahaja untuk mengemaskini kata laluan pada akaun Luno anda dengan mengikuti beberapa langkah di bawah.

Bagaimana untuk menukar kata laluan Luno anda

  1. Log masuk ke akaun Luno anda dengan alamat e-mel dan kata laluan anda, serta kod pengesahan dua faktor (2FA) anda jika anda telah mendayakan 2FA

  2. Pilih Profil dari menu, kemudian tekan Sekuriti

  3. Pilih Kata laluan

  4. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan semasa dan juga kata laluan baharu pilihan anda. Setelah selesai, tekan SETERUSNYA

  5. Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih, masukkan PIN 4-digit; atau jika anda menggunakan pelayar web dan telah menghidupkan 2FA, masukkan kod 2FA anda

Selesai! Anda telah berjaya mengemaskini kata laluan anda.

Nota

Pastikan kata laluan anda mempunyai 8 aksara, dengan minimum 1 simbol dan nombor, dan minimum 1 huruf besar.

Saya terlupa kata laluan saya. Bagaimana sekarang?

Jika anda terlupa kata laluan akaun Luno anda, anda boleh gunakan pemulihan akaun untuk menukar kata laluan. Untuk pergi ke pemulihan akaun:

Jika anda masih log masuk pada aplikasi telefon:

  1. Pilih Profil pada menu, kemudian Keselamatan

  2. Pilih Kata Laluan

  3. Apabila digesa untuk memasukkan kata laluan anda, pilih LUPA KATA LALUAN

  4. Anda akan dibawa ke Pemulihan akaun untuk mengubah kata laluan

Jika anda telah log keluar

  1. Log masuk Luno dengan alamat emel anda

  2. Apabila diminta untuk masukkan kata laluan, tekan LUPA KATA LALUAN

  3. Anda akan dibawa ke Pemulihan akaun untuk menukar kata laluan anda

Nota

Anda perlukan akses ke alamat emel utama dan nombor telefon atau pengesahan aplikasi 2FA.

Tip

Ingin mengetahui bagaimana untuk mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain? Semak pautan dibawah tentang bagaimana untuk mengemaskini nombor telefon dan alamat emel.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda