Kod 6-digit 2FA saya tidak berfungsi

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Jika anda menggunakan aplikasi pengesahan yang sama untuk pelbagai akaun, pastikan anda menggunakan kod 6-digit khas bagi akaun Luno anda.

Sistem Luno dibina untuk membenarkan sedikit kebebasan dengan kod pengesahan, tetapi dinasihatkan untuk terus memasukkan kod baru apabila ia tersedia pada peranti anda. Jika cara ini tidak berfungsi, menunggu sehingga tempoh sah kod hampir tamat juga kadang-kala berguna.

Salah satu sebab biasa punca pengesahan dua-faktor tidak berfungsi dengan baik adalah kerana jam pada telefon pintar anda tidak tepat. Ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui tiga langkah mudah di bawah:

Tetapan telefon

Pada peranti Android, hidupkan pilihan tarikh dan masa Automatik pada sistem

  • Tetapan > Tarikh & masa Tarikh & masa automatik
    (anda juga boleh cuba untuk setkan zon masa secara automatik)

Pada peranti Apple, tukar tarikh dan masa ke set secara automatik

  • Tetapan > Umum > Tarikh & Masa > Set secara automatik

Perlu lebih bantuan?

Jika anda sudah mencuba langkah di atas dan 2FA anda masih tidak berfungsi, kami perlu mematikan 2FA anda supaya anda boleh menetapkan semula. Kami akan meminta anda untuk menghantar swafoto bersama ID dan nota, untuk memastikan permintaan datang daripada anda.

Berikut ialah contoh selfie akan kelihatan seperti dengan ID dan nota anda. Setelah anda mengambil swafoto dengan ID dan nota, kembali ke sini dan pilih Matikan 2FA di bawah.

Nota

Sebagai tambahan pada swafoto, panggilan keselamatan mungkin diperlukan. Pasukan bantuan Luno mungkin akan menghubungi nombor telefon yang telah disahkan pada akaun anda.

Apabila kami 100% yakin bahawa anda yang membuat permintaan, kami akan matikan pengesahan dua faktor pada akaun anda.

 

Matikan 2FA

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?