Saya bukan warga tempatan di negara saya tinggal sekarang. Bolehkah saya membuka akaun Luno?

Anda pasti boleh! Jika anda seorang pemastautin asing di salah satu negara yang disokong kami, anda boleh membuka akaun Luno dan mengesahkan identiti anda di sana.

Cara-cara untuk mendaftar akaun Luno

  1. Daftar akaun Luno menggunakan laman web, atau pada aplikasi mudah alih kami menggunakan alamat emel anda

    button for the Apple App Store       button for the Google Play Store

  2. Sahkan alamat emel anda

  3. Masukkan dan sahkan nombor telefon anda

  4. Anda akan diberikan panduan bagaimana untuk mengesahkan pengenalan diri anda

Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar akaun Luno.

Memberitahu kami sedikit lagi tentang anda

Terdapat tahap-tahap akaun yang berbeza. Had deposit dan pengeluaran yang berbeza akan dikenakan pada setiap tahap.

Untuk mengesahkan identiti anda serta menaiktaraf akaun anda ke tahap baharu, anda mungkin diminta untuk menyediakan sedikit atau kesemua dokumen di bawah:

  • Gambar berwarna pasport yang sah

  • Swafoto yang diambil tidak lebih dari 24 jam

  • Bukti alamat bermastautin di negara anda mendaftar Luno

  • Penyata/surat bank bersama bukti alamat bank yang telah anda mendaftar sebelumnya

  • Bukti kebenaran bermastautin di negara anda mendaftar Luno

Dokumen yang diterima

Bukti pengenalan diri

Kami memerlukan dua dokumen untuk mengesahkan identiti anda:

  • Gambar berwarna pasport yang sah

  • Swafoto (jelas dan berwarna) yang diambil tidak lebih dari 24 jam

Bukti bermastautin

Permit/visa bermastautin sah yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti salah satu dokumen berikut:

  • Perniagaan

  • Tetap

  • Pelarian

  • Pasangan

  • Belajar

  • Pekerjaan

Bukti akaun bank dengan alamat bermastautin*

  • Surat daripada bank

  • Penyata bank

Bukti alamat bermastautin

Lihat artikel bukti alamat kediaman kami untuk senarai lengkap

 

* Penyata bukti mestilah penyata bank yang terbaru, atau surat bersetem daripada bank tempatan anda (bertarikh tidak lebih dari tiga bulan dari tarikh permohonan), yang jelas menunjukkan:

  1. Nama penuh anda

  2. Nombor akaun bank anda

  3. Alamat tempat tinggal anda. Jika penyata bank anda tidak menunjukkan alamat tempat tinggal, anda juga perlu mengemukakan sekali dokumen bukti alamat bermastautin

Nota

Kami cuma boleh mengesahkan maklumat anda jika nama dan nombor pasport yang diberikan kepada kami sama dengan nama dan nombor pasport yang digunakan untuk membuka akaun bank tempatan anda. Jika anda membuka akaun bank dengan dokumen pengenalan diri yang berbeza daripada apa yang anda serahkan kepada kami, sila serahkan maklumat dokumen yang anda telah gunakan untuk membuka akaun bank tersebut.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda