Bagaimana untuk memindahkan wang ke akaun bank saya?

Jika anda mahu mendapatkan wang tunai daripada dompet matawang tempatan anda, berikut adalah cara-cara untuk mengeluarkan wang daripada Luno ke akaun bank akaun anda.

Cara membuat pengeluaran wang

Semak jika anda telah log masuk ke akaun Luno anda

  1. Pilih Portfolio daripada menu

  2. Pilih dompet matawang tempatan dan kemudian PENGELUARAN

  3. Pilih akaun bank anda (jika anda masih belum menghubungkan akaun bank anda, anda akan diminta untuk melakukannya)

  4. Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan dan pilih SETERUSNYA

  5. Skrin yang menunjukkan amaun pengeluaran anda dan juga caj akan dipaparkan kepada anda. Pilih SAHKAN untuk selesaikan pengeluaran anda

  6. Masukkan PIN Luno anda (jika anda menggunakan aplikasi mudah alih) dan selesai!

Kami memproses pengeluaran pada setiap hari bekerja, termasuklah hujung minggu dan cuti am. Sesetengah bank akan menjelaskan pembayaran dalam tempoh beberapa jam, sementara bank lain boleh mengambil tempoh sehingga dua hari bekerja. Sayangnya, tempoh pemprosesan ini adalah di luar kawalan kami.

Tip

Ketahui lagi mengenai tempoh cutoff pengeluaran dan masa pemprosesan dengan menyemak jadual pengeluaran kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda