Setelah anda mengesahkan pengenalan diri, anda boleh menambah akaun bank pada dompet Luno sebagai benefisiari dan akan digunakan untuk memproses pengeluaran daripada akaun Luno ke akaun bank anda.
Sila ambil maklum terhadap garis panduan akaun bank sebelum menambah akaun bank atau membuat permintaan pengeluaran. Juga, anda cuma boleh menambah akaun bank yang didaftarkan di atas nama anda.
Untuk menambah akaun bank anda, ikuti langkah di bawah:
-
Log masuk ke aplikasi Luno
-
Pegi ke Menu, tekan Dompet
-
Tekan Pengeluaran pada dompet matawang tempatan dan tekan Benefisiari
-
Kemudian pilih jenis Benefisiari (Akaun bank)
-
Pilih Cawangan Bank, Nama Pemilik Akaun Bank, Nombor Akaun Bank dan Nama Bank
-
Tekan Sahkan apabila skrin dipaparkan mengenai menambah akaun bank baharu.
Berjaya! Anda sekarang boleh mengeluarkan wang daripada dompet Luno anda.
Kemas kini benefisiari anda
Untuk memadam benefisiari menggunakan laman web, ikuti langkah ini:
-
Log masuk aplikasi Luno
-
Pegi ke menu, tekan Dompet
-
Tekan Pengeluaran pada dompet matawang tempatan, tekan Benefisiari
-
Cari nama benefisiari yang anda ingin padam. Tekan butang padam pada sebelah kanan nama benefisiari dan maklumat.