Bagaimana untuk melakukan pengeluaran wang daripada dompet Luno saya?

Setelah anda menjual matawang kripto anda, anda mungkin mahu mengeluarkan matawang tempatan daripada Luno ke akaun bank anda. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan aplikasi Luno, desktop atau pelayar laman web mudah alih.

Nota

Pastikan identiti anda telah disahkan dan akaun bank anda telah dihubungkan pada dompet Luno anda jika anda mahu membuat permintaan pengeluaran.

Cara membuat pengeluaran wang ke akaun bank anda

Log masuk ke akaun Luno anda dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih Dompet daripada menu

  2. Pilih dompet matawang tempatan anda dan kemudian PENGELUARAN

  3. Pilih akaun bank anda (jika anda masih belum menghubungkan akaun bank anda, anda akan menerima arahan untuk melakukannya)

  4. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan dan pilih SETERUSNYA

  5. Amaun pengeluaran dan caj akan dipaparkan kepada anda. Pilih SAHKAN untuk menyelesaikan pengeluaran anda.

  6. Masukkan PIN Luno (jika anda menggunakan aplikasi mudah alih) dan selesai!

Tip

Ketahui lagi mengenai tempoh cutoff pengeluaran dan masa pemprosesan dengan menyemak jadual pengeluaran kami.


Soalan Lazim

Kami hanya akan mengenakan caj kepada anda jika bank mengenakan caj kepada kami. Melihat maklumat mengenai caj untuk pengeluaran wang daripada dompet Luno anda.

Masa pemprosesan permintaan pengeluaran anda di Luno bergantung pada negara atau rantau anda. Rujuk jadual pengeluaran.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda