Stellar bermatlamat untuk memudahkan transaksi berkos rendah, pantas dan menghubungkan individu, institusi serta sistem pembayaran di seluruh dunia. Stellar dilancarkan pada tahun 2014 oleh Jed McCaleb dan Joyce Kim dengan misi untuk mempromosi penglibatan pemain kewangan serta kecekapan dalam menyediakan platform yang lancar untuk pemindahan pelbagai jenis aset.
Note
Luno buat masa ini tidak menyokong penghantaran atau penerimaan XLM, tetapi anda masih boleh membelinya atau menjualnya seperti matawang kripto lain yang kami tawarkan. Keputusan ini dibuat bagi memastikan terdapat kawalan yang sesuai untuk mengekalkan standard perlindungan pelabur yang tertinggi. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima XLM..
Apakah matawang kripto bagi Stellar?
Matawang kripto bagi rantaian blok Stellar ialah Lumens, dengan simbol XLM. Lumens (XLM) memudahkan pemindahan merentasi benua dengan pantas dan berkos rendah. Matawang kripto ini berperanan sebagai ‘jambatan matawang’ untuk memudahkan transaksi pelbagai matawang, dan menyediakan kecairan di antara matawang-matawang berbeza.
XLM digunakan untuk pelbagai aplikasi dalam ekosistem Stellar, temasuklah bursa desentralisasi, penghantaran wang dan pembayaran mikro. XLM juga turut mengelakkan ‘spam’ dalam rangkaian dengan cara mengenakan caj transaksi minimum.
Siapa yang mencipta Stellar?
Stellar dicipta pada tahun 2014 oleh pengasas bersama Jed McCaleb dan Joyce Kim, seorang ahli perniagaan dan pelabur. McCaleb amat dikenali atas penglibatannya dalam pembinaan bursa Mt. Gox serta pengasas bersama rangkaian Ripple. Beliau akhirnya meninggalkan Ripple untuk memulakan Stellar Development Foundation. McCaleb popular dengan sumbangannya terhadap pelbagai projek rantaian blok dan dianggap salah seorang perintis industri.
Bagaimana Stellar berfungsi?
Operasi rangkaian Stellah berpusat pada mekanisme konsensus uniknya yang dipanggil Stellar Consensus Protocol (SCP). SCP adalah berdasarkan Federated Byzantine Agreement (FBA), satu model yang direka untuk mencapai keputusan dalam kalangan nod-nod desentralisasi rangkaian.
Dalam rangkaian Stellar, nod, atau pengesah, bekerjasama untuk mengesahkan transaksi dengan cara membentuk kumpulan yang dipanggil ‘hirisan korum’. Kumpulan-kumpulan ini bertindih dengan satu sama lain pada satu titik yang dipanggil ‘silangan korum’, agar pengesahan persetujuan perjanjian dapat dicapai. Kaedah ini memudahkan proses pengesahan, mengeluarkan keperluan perlombongan serta menghasilkan rangkaian yang sangat efisyen dan cekap kos.
Dari sudut praktikaliti pula, mari kita bayangkan apabila terdapat wujud keperluan sesebuah perniagaan untuk memindahkan sejumlah besar wang merentasi benua. Dengan menggunakan rangkaian Stellar, syarikat berkenaan boleh menukar wang tersebut menjadi token stablecoin yang mewakili nilai tunai dan kemudian terus dipindahkan kepada penerima di benua yang berbeza. Transaksi tersebut akan disahkan dengan pantas dan selamat pada kos yang amat rendah.
Stellar Development Foundation
Stellar Development Foundation ialah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang dibina untuk menyokong pembangunan dan penerimaan rangkaian Stellar. Misi yayasan ini adalah untuk mencapai akses setara terhadap sistem kewangan global melalui teknologi rantaian blok. Yayasan ini percaya bahawa sistem kewangan masa kini masih tidak melibatkan aset-aset digital, dan rangkaian desentralisasi seperti Stellah boleh mengubah sistem ini.
Yasasan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan dan meningkatkan protokol Stellar, menyokong jurutera-jurutera pembangun pada rangkaian Stellar, mengalakkan rakan kerjasama dan memberi nasihat kepada penjelasan kawal selia serta inovasi dalam industri kewangan.
Tip
Adakah anda berminat untuk meneroka Stellar dengan lebih lanjut? Anda boleh mempelajari asas-asas XLM dan mendapatkan semua berita terkini mengenai matawang kripto di Luno Discover.
Ingin tahu cara membeli atau menjual XLM? Kami ada jawapan dalam artikel bantuan berikut:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.