Ini dikenali sebagai deposit kembar (twin deposit). Sebagai langkah keselamatan, sistem kami tidak memproses deposit dengan amaun yang sama dalam tempoh 24 jam.
Jika anda telah membuat deposit kembar dan telah melakukan perkara di bawah:
-
Anda membuat deposit daripada bank akaun yang menggunakan nama anda
-
Anda membuat deposit daripada akaun bank atas talian (kami tidak menerima deposit tunai)
-
Anda menggunakan nombor rujukan (bermula dengan BX atau LN) yang betul – ia dipaparkan pada skrin ketika anda membuat deposit
Deposit pertama anda akan diterima secara automatik dan akan dipaparkan pada akaun anda bergantung pada waktu pemprosesan bank. Bank memerlukan sehingga 2 hari bekerja untuk memproses deposit (lebih lama jika hari minggu, cuti umum atau anda membuat deposit di luar waktu).
Deposit kedua hanya akan diterima ke dompet anda selepas tempoh bertenang (cooling period) selama 24 jam.
Tetapi, jika anda telah membuat deposit kembar dan menggunakan nombor rujukan berlainan, atau tiada nombor rujukan langsung - pilih CARI DEPOSIT di bawah dan bantu kami mencari deposit anda!
Nota
Untuk membantu kami mencari deposit anda, sila kemukakan dokumen sah bukti pembayaran.
Kami tidak menerima dokumen di bawah sebagai bukti pembayaran:
-
SMS / Mesej bertulis
-
Penyata bank
-
Pemberitahuan bukti pembayaran