Sepanjang pengalaman anda menggunakan Luno, pasti anda menyedari yang terdapat beberapa had yang ditetapkan pada jumlah deposit, jumlah pengeluaran dan jualan dan belian segera.
Kami telah mengumpulkan satu senarai bacaan untuk membantu anda memahami apa itu had.
Had pengesahan
Di sesetengah negara yang kami sokong, terdapat beberapa tahap pengesahan yang berbeza. Had deposit dan pengeluaran dikenakan pada setiap tahap.
Anda boleh mengetahui sama ada negara anda mempunyai tahap pengesahan. Jika mereka terpakai kepada anda, ketahui perkara yang anda perlukan untuk mengesahkan diri anda.
Had deposit dan pengeluaran
Terdapat had deposit dan pengeluaran tertentu berdasarkan tahap pengesahan anda. Anda dengan mudah boleh menyemak tahap pengesahan anda daripada skrin tetapan, dan had deposit dan pengeluaran manakah yang dikenakan pada anda.
Nota
Had dikira secara tempoh pusingan berbanding pusingan kalendar. Dalam erti kata lain, had bulanan anda tidak diset semula pada setiap permulaan bulan. Setiap deposit akan dikira kedalam had selama 30 hari.
Had belian dan jualan segera
Walaupun tidak terdapat had yang dikenakan pada jumlah transaksi belian/jualan yang dibuat, terdapat had bagi setiap transaksi. Had ini berdasarkan pasangan kripto/fiat atau kripto/kripto; dan anda boleh mengetahui perkara tersebut dalam halaman had yuran dan transaksi.
Had penghantaran
Penghantaran harian, mingguan dan bulanan diwujudkan sebagai salah satu langkah melawan jenayah kewangan dalam mencegah risiko penipuan. Walaupun terdapat had yang dikenakan pada setiap negara, had penghantaran bersifat dinamik dan boleh disesuaikan untuk anda. Anda boleh mengetahui mengapa jumlah penghantaran anda terhad.