Terdapat beberapa sebab mengapa akaun anda dikunci.

Jika anda pilih untuk mengunci akaun anda sendiri, semak peti masuk anda dan cuba cari emel daripada kami yang bertajuk “Kami mengunci akaun anda diatas permintaan anda.” Dari situ anda boleh mendapatkan beberapa maklumat berguna dan juga masa dan tarikh akaun anda akan dibuka semula secara automatik.

Jika akaun anda dikunci kerana anda telah mencapai had deposit atau pengeluaran, sila teruskan membaca. Untuk membuka semula akaun, kami perlukan beberapa dokumen tambahan daripada anda.

Cara-cara

  1. Log masuk aplikasi Luno

  2. Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil

  3. Pergi ke Tetapan

  4. Pilih  Pengesahan

  5. Ikut arahan pada skrin

Nota

Jika anda perlu menyerahkan dokumen identiti, dokumen tersebut boleh menjadi sama ada foto atau cetakan lesen memandu, kad identiti atau pasport berkualiti tinggi. Dokumen tersebut perlu memaparkan dengan jelas nombor kad pengenalan anda, nama, tarikh lahir dan gambar yang jelas. 

Tip

Ketahui dokumen yang kami perlukan daripada anda berdasarkan tahap pengesahan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?