Akaun perniagaan Luno membolehkan anda untuk mendeposit matawang tempatan daripada bank akaun entiti sah anda ke Luno – dan menggunakan dana tersebut untuk membeli, menjual atau mendagangkan matawang kripto. Anda juga turut diberikan akses ke Luno API untuk membina fungsi matawang kripto ke dalam platform anda.
Cara-cara
Untuk mendaftar akaun perniagaan Luno:
- Pada laman web, pilih Luno Business pada bar sisi atau kaki menu di bawah skrin
- Gunakan alamat emel perniagaan anda untuk mendaftar
-
Ikut langkah-langkah yang dipaparkan
Nota
Langkah-langkah ini hanya akan dipaparkan jika anda menggunakan laman web Luno pada desktop dan bukan melalui peranti mudah alih.
- Pasukan undang-undang kami akan menyemak permohonan anda
- Jika permohonan anda berjaya, kami akan menghubungi anda untuk menyediakan dokumen yang diperlukan
- Jika semua dokumen anda melepasi semakan, kami akan hubungi anda untuk memberitahu bahawa akaun perniagaan anda telah diluluskan
Tip
Semak kategori perniagaan (dan beberapa nota untuk setiap kategori) sebelum memohon akaun Perniagaan Luno.