Bagaimana untuk menukar satu matawang kripto kepada satu matawang kripto yang lain?

Luno logo on a phone in front of different crypto coins

Pelanggan di Malaysia dan Indonesia hanya boleh menjual kripto untuk matawang tempatan (fiat) atau membeli kripto menggunakan matawang tempatan. Tukaran dan transaksi kripto kepada kripto adalah tidak tersedia.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menukar kripto anda

Langkah 1: Cipta dompet bagi koin baru anda

Jika anda belum berbuat demikian, anda perlu membuat dompet kripto terlebih dahulu untuk syiling yang ingin anda tukar.

Sebagai contoh, anda mempunyai Bitcoin dalam dompet BTC anda, dan anda ingin menukarnya kepada Ethereum (ETH). Langkah pertama ialah menambah dompet Ethereum.

  1. Log masuk ke akaun Luno anda dan pilih Bina Portfolio

  2. Pada skrin Pilih pelaburan pilih Buat dompet kripto

  3. Pada skrin Pilih dompet, pilih dompet kripto yang anda ingin buat

  4. Kemudian, pilih BUAT WALLET

  5. Sebaik sahaja anda telah mencipta dompet anda, ia akan dipaparkan di bawah pengepala Jumlah kripto yang boleh dilipat pada skrin Dompet utama

 

Langkah 2: Jual matawang kripto anda untuk mendapatkan koin baharu

Sekarang anda telah berjaya mencipta dompet matawang kripto baharu (koin yang anda ingin tukar kepada), ikuti langkah dibawah untuk menjual matawang kripto yang anda ingin tukar daripada:

  1. Daripada skrin Portfolio, pilih JUAL daripada pilihan di bahagian atas

  2. Pada menu Pilih kripto pilih matawang kripto yang anda ingin jual (matawang yang anda ingin tukar daripada)

  3. Pilih matawang kripto yang anda ingin jual (matawang kripto yang anda ingin tukar kepada)

  4. Masukkan amaun matawang kripto yang anda ingin jual, kemudian tekan SETERUSNYA

  5. Anda akan dipaparkan skrin yang menunjukkan maklumat transaksi anda. Tekan SAHKAN ijika anda berpuas hati untuk teruskan.

  6. Jika anda menggunakan aplikasi Luno, anda pelu memasukkan nombor PIN Luno anda untuk mengesahkan transaksi.

Berjaya! Anda telah ‘menukar’ matawang kripto anda dengan kaedah menjual satu koin ke koin lain.


Soalan Lazim

Ya, kami akan memaparkan caj perkhidmatan sebelum anda mengesahkan transaksi. Ini termasuklah risiko perubahan harga apabila anda memasukkan jumlah untuk dijual dan apabila anda mengesahkan transaksi. Ketahui lagi caj yang dikenakan pada aplikasi Luno.

Beberapa had tertentu dikenakan apabila anda menjual matawang kripto. Pastikan anda menjual pada jumlah yang melebihi had minimum dan kurang dari had maksimum. Semak had maksimum dan minimum pada halaman ini untuk matawang kripto yang disokong.

Anda hanya boleh memilih matawang kripto dari dompet yang sedia ada. Ketahui lagi kaedah untuk menambah dompet matawang kripto.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda