Apabila anda mendaftar dengan Luno, perlu melengkapkan profil anda sebelum boleh menambah dompet kripto. Dompet adalah seperti akaun, dan setiap koin kripto yang anda beli akan mempunyai dompet khususnya sendiri.
Tip
Ketahui matawang kripto yang disokong Luno di negara anda.
Cara-cara untuk mencipta dompet kripto Luno
Pada skrin Dompet, anda akan melihat dompet matawang tempatan. Ini adalah dompet untuk matawang fiat (cth: Ringgit) – deposit yang dibuat dari akaun bank anda akan dipaparkan di sini.
Tetapi pastinya anda menggunakan Luno bukan untuk sekadar mempunyai dompet matawang tempatan – sebab itu wujudnya akaun bank! Sekarang, mari tambahkan beberapa dompet kripto ke portfolio anda.
Terdapat dua kaedah untuk mencipta dompet kripto di Luno.
Pilih pilihan yang paling sesuai dengan perancangan anda:
Untuk mulakan: pilih BELI pada bahagian atas skrin Dompet anda.
Apabila anda membeli sebarang matawang kripto untuk kali pertama, dompet bagi matawang kripto tersebut akan dicipta secara automatik.
Sebarang transaksi yang anda lakukan dengan matawang kripto tersebut – beli, jual, hantar atau terima – akan berlaku pada dompet tersebut.
Terdapat fungsi pembelian matawang kripto secara pukal di sesetengah negara. Apabila anda membeli kombinasi koin, kami akan mencipta dompet yang berkenaan secara automatik jika salah satu koin yang dibeli tidak mempunyai dompet.
Tip
Jika anda memerlukan lebih banyak maklumat mengenai pembelian kripto, ikuti salah satu panduan ini untuk belajar mengenai:
-
Beli koin secara pelbagai (hanya tersedia di negara terpilih sahaja)
Untuk bermula: pilih TERIMA pada bahagian atas skrin Dompet anda.
Anda akan diberi pilihan untuk memilih matawang kripto untuk anda mencipta alamat terima.
Alamat terima ialah kombinasi panjang huruf dan angka, dan ia juga boleh diwakili dengan kod QR. Alamat terima mempunyai fungsi yang sama seperti nombor akaun bank: anda boleh berkongsi alamat terima ini agar pengirim boleh mengetahui kemana untuk menghantar kripto kepada anda.
Jika anda ingin menerima kripto yang anda masih belum beli dari Luno sebelum ini, kami akan menambah dompet baru bagi matawang kripto tersebut secara automatik apabila anda mencipta alamat terima.
Penting
Setiap alamat terima hanya menyokong sejenis matawang kripto sahaja. Jika pengirim menghantar matawang kripto yang tidak disokong ke alamat tersebut, wang yang dihantar mungkin akan hilang.
Kami menggalakkan anda membuat cuba membuat pembayaran kecil dahulu sebelum mencuba untuk menerima sebarang pindahan kripto yang besar. Ikuti pautan ini untuk mengetahui lagi mengenai kripto apakah yang boleh dihantar ke Luno.
Tip
Anda memerlukan sedikit panduan dalam menerima matawang kripto? Baca artikel Pusat Bantuan ini: Berapa lamakah tempoh untuk menerima matawang kripto dengan Luno?
Soalan Lazim
Jika anda melihat mesej ini pada skrin Dompet, anda perlu melengkapkan profil anda terlebih dahulu sebelum anda boleh menambah dompet kripto. Pilih LENGKAPKAN PROFIL dan ikut arahan pada skrin untuk menetapkan profil Luno anda.
Setelah selesai, kembali pada skrin Dompet untuk menambah dompet anda.
Alamat dompet kripto sama seperti nombor akaun: individu lain boleh menghantar kepada anda matawang kripto jika anda berkongsi alamt dompet kripto anda.
Anda cuma perlukan alamat dompet apabila anda mahu menerima matawang kripto daripada individu di luar Luno. Beberapa dompet kripto membenarkan anda untuk mencipta beberapa alamat terima untuk mereka, sementara yang lain cuma membenarkan satu sahaja alamat untuk digunakan.
Tip
Ketahui lebih lanjut tentang cara menerima mata wang kripto ke dompet Luno anda.